Tafsir quran dengan quran 23/11/22(1)
Al-Baqarah 2:197
ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَٰتٌۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰۚ وَٱتَّقُونِ يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ
(Musim) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.³²⁹ Oleh yang demikian, sesiapa yang telah menetapkan niatnya hendak mengerjakan haji dalam bulan-bulan itu, maka tidak boleh mencampuri isteri,³³⁰ tidak boleh membuat ma'shiat,³³¹ dan tidak boleh bertengkar³³² dalam masa mengerjakan 'ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal (dengan secukupnya), kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal. [197].
Sedikit tentang bahasa.
-kenapa quran guna ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌ?
-dalam ilmu sorof/tatabahasa jamak ada 3
1.Muzakkar salim
2.Muannas salim
3.jamak taksir atau mukasar
-jamak taksir pula terbahagi 2
1.Qillah digunakan untuk menunjukan 3-10
2.Kathroh untuk 3->10
-macam mana nak tahu jamak qillah atau kathroh?
-kemuncak jamak dipanggil sighah mutahalil, boleh disemak dalam Kitab nahu jama'iu taksir
-wazan jamak qillah أَفْعُلٌ.....ada 4 wazan dan ada beribu- ribu pecahannya.
-kalu kaedah ini ada dlm kepala maka banyak perkara akan diketahui.
- perkataan أشهر adalah jamak taksir kathroh, yakni beberapa bulan yaitu bulan syawal, zulqadah,10 hari zulhijjah( 3 bulan atau 2 bulan 10 hari)
-berkenaan لا,
tidak boleh mencampuri isteri لَا رَفَثَ.
Ini la apa?
Ini ialah la nafi jenis.
Yakni segala bentuk yg boleh membawa kepada persetubuhan suami isteri.
-lagi contoh لا, tiada seorang lelaki لا رجل
Begitu juga لَا رَفَثَ bermaksud semua perkara tidak boleh yg dalam hal mencampuri isteri.
-lagi contoh لا, tidak ada solat atau segala perkara berkaitan solat لا صلاةَ
begitu segala perkara yg boleh membawa kepada
perbalahan adalah لَا جِدَالَ
-Perkataan من pula jika tidak ada pun ayatnya sudah betul tetapi hebatnya alquran, min dan perkataan nakirah dihalaman nafi, juga memberi erti apa sj kebaikan.
مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُۗ
³²⁹ Berdasarkan Sunnah Nabi s.a.w., bulan-bulan haji itu ialah Syawwaal, Dzulqa'dah dan sepuluh hari di permulaan bulan Dzulhijjah.
³³⁰ Maksudnya ialah ia tidak boleh melakukan hubungan kelamin atau hubungan seks dengan isterinya. Kerana Allah berfirman: Al-Baqarah 2:187
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُمْۚ .....
Bermaksud: Dihalalkan kepadamu, pada malam hari puasa, bercampur (mengadakan hubungan kelamin) dengan isteri-isterimu. (al-Baqarah: 187).
- disini guna juga perkataan ٱلرَّفَثُ bermakna segala muqadimah hubungan kelamin. Juga menunjukan semua masa (malam atau siang) tidak boleh ketika ihram.
- perkataan فُسُوقَ bermaksud apa2 maksiat
(Iaitu langgar apa saja perintah Allah)
-ihram=mengharamkan apa yg halal.
-tahalul= bukan semula, perkataan yg berasal dari perkataan halal.
- larangan semasa haji nak didik jiwa agar tahu ada had atau boleh kawal diri dan supaya sedar kemampuan diri.
³³¹ Apa-apa ma'shiat sekalipun. Kerana Allah berfirman: Al-Baqarah 2:282
وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌۚ وَإِن تَفْعَلُوا۟ فَإِنَّهُۥ فُسُوقٌۢ بِكُمْۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Bermaksud: Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan jika kamu lakukannya, maka sesungguhnya itulah perbuatan fasik (ma' shiat) yang ada padamu.
-menjadi saksi yg tak betul jadi fasiq.
-mengira secara tak betul juga fusuq(langgar perintah Allah)
³³² Allah berfirman di dalam Surah Al-'Ankabut 29:46
وَلَا تُجَٰدِلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنْهُمْۖ وَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا بِٱلَّذِىٓ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَأُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمْ وَٰحِدٌ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ
Bermaksud: Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah (kepada mereka): "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan hanya kepadaNya kami berserah diri.”
Kerana perdebatan itu walaupun berlaku dengan niat yang baik, biasanya membawa kepada perbalahan.
- bergurau pun sebolehnya cuba elakan semasa haji.
- paling kurang ini semua dibuat semasa haji untuk berlatih .
- berbincang dengan cara baik adalah cara yg dikehendaki.
-jika tak mampu atau miskin tak dapat pergi haji, tapi akhlak baik juga telah dapat hasil dari didikan haji,oleh sebab itu Islam tidak mewajibkan bagi yang tidak mampu.
-jadi jika berkali-kali pergi haji atau umrah dan merasa diri mempunyai kelebihan (yakni ujud) atau riak (yakni menunjuk-nunjuk), pahala amalan haji akan rosak dan akhlak yg diharapkan hasil dari haji tiada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan