Ahad, November 13, 2022

Tafsir nota baca 0010(0198-0207)s02/11/22s

Tafsir nota baca 0010(0198-0207)s02/11/22s

Tafsir nota baca 0010(0198-0207)s02/11/22s(1)
Al-Baqarah 2:189
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَهِلَّةِۖ قُلْ هِىَ مَوَٰقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلْحَجِّۗ وَلَيْسَ ٱلْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَاۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) untuk manusia,³⁰⁶ khasnya (untuk) 'ibadat Haji.³⁰⁷ Dan kebaktian itu bukanlah memasuki rumah dari belakangnya (ketika kamu berihram)³⁰⁸ tetapi kebaktian itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa;³⁰⁹ dan
masuklah ke rumah-rumah melalui pintunya,³¹⁰ serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." [189]

³⁰⁶ Allah berfirman: Yunus 10:5
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمْسَ ضِيَآءً وَٱلْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلْحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلْحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya. dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya iłu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu kepada kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). 

³⁰⁷ Allah berfirman:Al-Baqarah 2:197
ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَٰتٌۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰۚ وَٱتَّقُونِ يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ 
Bermaksud: (Musim) Haji adalah beberapa bulan yang dima'lumi. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat) mengerjakan ibadat Haji itu, maka (ia) tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan 'ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya; dan hendaklah kamu membawa bekal(dengan secukupnya) kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). 
Minit 14
- bulan penting untuk menentukan tarikh haji.
- juga tarikh puasa.
- juga masa ibadah solat
- eddah wanita yg bercerai
Minit 22
-2 perkara penting bila mengaji quran
1.apa latarbelakangnya dan ini byk dlm sunnah .
2.panduan untuk semua manusia sehingga hari kiamat.
-asalnya ,perkembangan anak bulan jadi pertanyaan tetapi Nabi saw tidak jawab itu tetapi menjawab perkara yg lebih berfaedah ...uslubul hakim  
-juga untuk mengajar tentang cara bertanya.
Jawab perkara yg lebih berguna untuk yang bertanya.
Minit 34
-contoh bila ditanya hantu , diberitahu tentang jin atau makhluk halus.
Minit 40

-ayat quran pasti ada kaitan dengan peristiwa dizaman Nabi saw.

³⁰⁸ Memasuki rumah dari belakangnya sama ada ketika berihram atau tidak adalah harus. Bukan dari belakang sahaja diharuskan, malah dari sisi atau bumbung rumah
sekalipun. Allah s.w.t. menafikan kebaktian bukan semata-mata kerana memasuki rumah dari belakang, tetapi kerana ia dianggap sebagai suatu  ibadat dan kebaktian. Anggapan itulah yang salah di sisi syariat. Kerana ia sudah jadi bid'ah dalam agama. Apa yang dapat difahami daripada firman Allah ini ialah menganggap sesuatu yang harus sebagai suatu kebaktian dan 'ibadat juga merupakan bid'ah.

-puasa yg ikut panduan bukan puasa yg hanya paling banyak jumlah hari.
-ajaran yg diselewengkan, sesudah ihram tidak boleh masuk pintu depan .
-orang kafir quraisy juga buat umrah dan haji dengan cara yg telah diselewengkan.
Minit 46
-amalan maulud yg tak pernah nabi dan sahabat buat.
- jika ibadat pasti dibuat oleh mereka.
- mereka tak sayang nabi saw?!
-maulud bermula selepas  nabi 400 tahun  kemudian oleh syiah ismailiyah  dan orang sunnah 700 tahun.

Minit 50
-Ibadah kena datang dari Allah dan RasulNya bukan yg direka-reka.
-maksud pintu belakang itu luas termasuk tidak ikut peraturan.
Minit 53
-anggap sesuatu yg harus sebagai ketetapan itu tidak boleh
-yang harus perlu dikekalkan harus.
-melainkan jika telah jadi syiar golongan yg menyeleweng akan jadi tidak boleh.

Minit 57
-Cara pintu depan , seluas kehidupan
1.setuju sama setuju.
2.belajar dengan rajin.
3. Meminang bila inginkan perempuan.



³⁰⁹  Tidak diperincikan di sini perbuatan orang yang bertaqwa itu, tetapi ia telah disebutkan pada ayat berikut:

Al-Baqarah 2:177
لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّۦنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَٰهَدُوا۟ۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ 
Bermaksud: Kebaktian itu bukanlah hanya dengan kamu menghalakan mukamu ke arah timur dan barat, tetapi orang-orang yang benar-benar berbakti ialah yang beriman kepada Allah, hari kemudian, para malaikat, Kitab-kitab Suci dan para nabi. di samping memberikan harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta bantuan; dan untuk (memerdekakan) hamba sahaya. (Orang-orang yang benar-benar berbakti juga ialah) yang mendirikan shalat, mengeluarkan zakat; menepati janji apabila berjanji, dan (mereka juga adalah) orang-orang yang sabar menghadapi kesempitan dan penderitaan dan (sabar) dalam masa peperangan. Merekalah orang-orang yang benar-benar berbakti; dan merekalah orang-orang yang benar-benar bertaqwa.

³¹⁰   Maksudnya ialah segala perkara hendaklah dilakukan menurut cara yang sah, wajar dan betul. Manusia tidak sepatutnya berbuat sesuatu sesuka hati dan sewenang-wenang.


Tafsir nota baca 0010(0198-0203)s02/11/22s(2)
Al-Baqarah 2:190
وَقَٰتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ 
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu,³¹¹ dan janganlah kamu melampaui batas (yang telah ditentukan)³¹² kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [190].

1jam 13 minit

³¹¹ Dua perkara yang disebutkan oleh Allah di sini sebagai syarat bagi melaksanakan perintahNya supaya berperang.

Pertama: Perang itu hendaklah perang di jalan Allah iaitu perang semata-mata kerana mempertahankan dan menegakkan agama Allah. Tidak ada maksud Iain selain itu. Hukum dan ketetapan Allah berhubung dengan perang pula hendaklah diikuti sepenuhnya. 

Kedua: Perang itu hendaklah dengan orang-orang yang memerangi kita (orang-orang Islam) atau orang-orang yang terlibat dalam memerangi kita. Adapun orang-orang yang tidak terlibat dengan perang, maka tidak dibenarkan memeranginya. Termasuklah dalam orang-orang yang tidak terlibat dengan perang itu kanak-kanak, wanita, orang-orang sakit. orang-orang yang terlalu tua dan ahli-ahli  ibadat. Kecuali kalau mereka juga terlibat. Sunnah Nabi s.a.w. memperincikan lagi dua syarat tersebut dengan sejelas-jelasnya.

-kafir ada zimmi, harbi dan muahid(ada negara mereka sendiri dan ada buat buat perjanjian dengan kita).

1jam 16minit
- jalan ditinggal nabi jln  yg terang benderang...


³¹² berhubung dengan peperangan, seperti genjatan senjata, perdamaian dan Iain-lain.Kerana Allah berfirman:
Al-Anfal 8:61
وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلْمِ فَٱجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ 
Bermaksud: Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

Berperang di tanah Haram dan pada bulan-bulan Haram juga termasuk dalam perbuatan melampaui batas. Tetapi perang sebagai tindak balas kepada pencerobohan orang-orang kafir di tanah Haram dan pada bulan-bulan Haram dikecualikan.
Hukumnya disebutkan oleh Allah di dalam ayat ke-191 dan juga ayat ke-194 selepas ini.



Tafsir nota baca 0010(0198-0203)s02/11/22s(3)
Al-Baqarah 2:191
وَٱقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْۚ وَٱلْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلْقَتْلِۚ وَلَا تُقَٰتِلُوهُمْ عِندَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَٰتِلُوكُمْ فِيهِۖ فَإِن قَٰتَلُوكُمْ فَٱقْتُلُوهُمْۗ كَذَٰلِكَ جَزَآءُ ٱلْكَٰفِرِينَ
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu (Mekah)³¹³ dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu³¹⁴ Iebih buruk dari pembunuhan³¹⁵ dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu, kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. [191].

³¹³Jika mereka tidak cenderung kepada perdamaian. Tetapi jika mereka cenderung kepadanya, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya, seperti tersebut di dalam ayat ke-61 Surah al-Anfaal yang baru dikemukakan tadi.


1jam 30minit
³¹⁴ Iaitu perancangan jahat mereka siang dan malam untuk menindas orang-orang Islam dan memesongkan 'aqidah mereka. Kerana Allah berfirman:
Al-Buruj 85:10
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُوا۟ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا۟ فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ ٱلْحَرِيقِ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan (aqidah) orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan mendapat azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka juga akan mendapat azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). 

- bencana فَتَنُوا۟
- Abdul Rahman terpaksa tinggalkan keluarganya.

³¹⁵/³¹³ lantaran orang-orang Islam amat terganggu dengannya. Saban hari, bahkan saban waktu mereka diganggu. Allah telah memperihalkan tentang gangguan dan kejahatan orang-orang kafir Mekah terhadap orang-orang Islam melalui firmanNya begini:
At-Taubah 9:10 لَا يَرْقُبُونَ فِى مُؤْمِنٍ إِلًّا وَلَا ذِمَّةًۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُعْتَدُونَ 
Bermaksud: Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang beriman, dan merekalah orang-orang yang melampaui batas. 

Pembunuhan akibat tindak balas terhadap pencerobohan mereka tidaklah lebih buruk daripada fitnah kekufuran dan kesyirikan yang mendorong mereka menindas dan menyiksa orang-orang Islam di Mekah sekian lama.


 Tafsir nota baca 0010(0198-0203)s02/11/22s(4)
Al-Baqarah 2:192 فَإِنِ ٱنتَهَوْا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Kemudian jika mereka berhenti ³¹⁶ maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [192].

³¹⁶  dari kesyirikan dan kekufuran dan memeluk agama Islam. Kerana Allah berfirman:
Al-Anfal 8:38
قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِن يَنتَهُوا۟ يُغْفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ وَإِن يَعُودُوا۟ فَقَدْ مَضَتْ سُنَّتُ ٱلْأَوَّلِينَ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu: "Jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (kufur), maka sesungguhnya akan berlakulah (kepada mereka) sunnah (Allah terhadap) orang-orang dahulu.”

-dosa dulu diampunkan jika masuk Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan