Tafsir Al-Baqarah 2:201-205 11/01/23
Al-Baqarah 2:201
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Al-Baqarah 2:202
أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّمَّا كَسَبُوا۟ۚ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ
Al-Baqarah 2:203
وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍ مَّعْدُودَٰتٍۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِى يَوْمَيْنِ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِۚ لِمَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dan di antara mereka terdapat pula orang-orang yang (berdoa dengan) berkata:"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,³³⁸ dan peliharalah kami dari azab neraka." [201].
Mereka itulah yang akan mendapat habuan yang baik dari amalan yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya. [202].
Dan berzikirlah kepada Allah (dengan takbir dan lain-lain semasa mengerjakan haji) pada beberapa hari yang tertentu bilangannya.³³⁹ Kemudian sesiapa yang mahu segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua (iaitu hari ke-12 Dzulhijjah), maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang lambat (meninggalkan Mina hingga hari ke-13 Dzulhijjah), maka ia juga tidaklah berdosa;(ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa³⁴¹ dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dikumpulkan kepadanya. [203].
Al-Baqarah 2:204
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُۥ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَيُشْهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِى قَلْبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلْخِصَامِ
Al-Baqarah 2:205
وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ ٱلْحَرْثَ وَٱلنَّسْلَۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلْفَسَادَ
Di antara manusia terdapat orang yang tutur katanya dalam kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya),³⁴² dan ia mempersaksikan Allah atas (kebenaran) isi hatinya,³⁴³ sedangkan dialah musuh yang paling ketat. [204].
Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman serta keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. [205]
_____________
³³⁸ Berdoa kepada Allah agar dikurniakanNya kebaikan di dunia dan di akhirat adalah amalan para nabi, para rasul dan juga orang-orang saleh. Nabi s.a.w. selalu berdoa dengan doa ini. Allah menceritakan di dalam Al-Qur'an bahawa Nabi Musa a.s. juga salah seorang nabi yang telah berdoa kepadaNya supaya dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat. Berikut ialah firman Allah berkenaan:
Al-A'raf 7:156
وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ
Bermaksud: "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu." Allah berfirman: "AzabKu akan Ku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi segala sesuatu; maka akan Aku tetapkannya untuk orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." (al- A'raaf:156).
Oleh itu hendaklah kamu jadi seperti mereka. Kamu juga hendaknya berdoa begitu.
Antara kebaikan di dunia yang disebutkan di dalam Al-Qur'an ialah kehidupan dan tempat tinggal yang baik untuk orang-orang yang menegakkan ugama Allah. Allah berfirman:
An-Nahl 16:41
وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ فِى ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا۟ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۖ وَلَأَجْرُ ٱلْءَاخِرَةِ أَكْبَرُۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ
Bermaksud: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat tinggal yang baik kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) di akhirat kelak adalah lebih besar, kalaulah mereka mengetahui. (an-Nahl:41).
Antara kebaikan di dunia yang disebutkan di dalam Al-Qur'an lagi ialah perihal bertukarnya kejahatan- kejahatan dan dosa-dosa besar yang pernah dilakukan oleh sesaorang manusia menjadi kebaikan-kebaikan , sekiranya ia benar-benar bertaubat daripada dosa-dosanya, beriman dan beramal soleh, Allah berfirman:
Al-Furqan 25:68
وَٱلَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا
Al-Furqan 25:69
يُضَٰعَفْ لَهُ ٱلْعَذَابُ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِۦ مُهَانًا
Al-Furqan 25:70
إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَٰلِحًا فَأُو۟لَٰٓئِكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمْ حَسَنَٰتٍۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Bermaksud : Dan orang-orang yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah⁰ membunuhnya , kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian itu, niscaya ia akan mendapat balasan dosanya; (68)
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, (69)
Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70)
*al-Qasas 28:77
وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَۖ
"Dan carilah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu di dunia.
-Dan carilah pada apa yang Allah kurniakan kepada kamu(rezeki dan lain-lain lagi) dan carilah kehidupan selepas mati yakni hari akhirat
-tetapi jgn lupa habuan kamu didunia atau sampai tinggalkan terus,yakni jika ada kelebihan ,ianya boleh tiada masalah .
-walaupun hanya berkait dengan pangkat atau gelaran atau kemewahan dunia cuma jangan lupa akhirat.
-dan orang yg seperti ini akan berdoa dengan doa ini
رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ$
Tiada ulasan:
Catat Ulasan