Al Khabarالخبر
Al Khabar bermaksud berita. Sebahagian ulama tidak membezakan antara hadith dan al khabar. Sebahagian yang lain membezakan antara al khabar, al athar dan al hadith.
Al Hadith: segala ucapan yang disandarkan kepada Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam sama ada dari segi percakapan,
perbuatan, pengakuan atau sifat Baginda.
Al Athar: segala perkara yang disandarkan kepada para sahabat, tabiin dan salafussoleh. Lebih luas daripada al hadith.
Al Khabar: lebih luas daripada al hadith dan al athar.
Walaupun secara teori ketiga-tiga istilah ini berbeza, namun dari segi praktikal ada kalanya ia tidak mengikut disiplin teori tersebut.
Ada sesetengah keadaan athar dan khabar merujuk kepada hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Begitu juga istilah hadith ada kalanya merujuk kepada kata
sahabat dan tabiin. Seperti hadith mawquf dan hadith maqtu’.
Dalam mengetahui sandaran tersebut sama ada dinisbahkan kepada Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau selainnya, hendaklah mengetahui kepada siapa ia dinisbahkan.
Di bawah perbahasan khabar, terdapat dua pecahan utama, iaitu khabar Mutawatir dan khabar Ahad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan