Muka 17
Bermaksud:Barangsiapa memelihara anjing kecuali anjing untuk perburuan atau untuk menjaga binatang ternakan maka pahalanya akan berkurang tiap2 hari 2 qirat. (hadis riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasai, Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Baihaki, Darimi dll)
من اقتنى كلبا لا يغني عنه زرعا ولا ضر عا نقص من عمله كل يوم قيراط
Bermaksud : Barang siapa memelihara anjing yg tidak berguna kepadanya untuk menjaga tanaman atau bintang peliharaannya maka akan berkurang daripada amalannya setiap hari satu qirat(hadis riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Nasai, Ahmad, Ibnu Majah, Hakim, Thabarani, Darimi dll).
2.2.5.3. Jika memelihara anjing itu terlarang secara mutlak tentu sekali para sahabat tidak memeliharanya selepas kewafatan nabi saw. Tetapi berdasarkan aatsar para sahabat terbukti mereka memelihara anjing dgn tujuan menjaga tanaman atau binatang ternakan kepunyaan mereka termasuklah sahabat2 seperti Abu Hurairah, Adi bin Hatim, Abu Tsalabah Al-Khasyni dll yg meriwayatkan hadis2 tentang perlunya dibasuh 7X bekas jilatan anjing atau amalan sesaorang berkurang pada tiap2 hari sebanyak satu atau dua qiraat kerana memelihara anjing.
2.5.2.4 Diantara bukti bahawa hukum membasuh bekas yg dijilat oleh anjing sebanyak 7X sudah mansukh ialah Abu Hurairah yg meriwayatkan sendiri tidak memakainya. Beliau sebaliknya membasuh sebanyak 3X sahaja bukan 7X dan begitulah fatwanya apabila ditanya. Sebenarnya dalil paling kuat menunjukan mansukhnya hukum itu ialah kebenaran Allah didalam al-quran untuk memakan binatang yg ditangkap oleh anjing perburuan tanpa menyebutkan selepas menyamaknya atau membasuhnya sebanyak 7x atau 3X.Rasullah saw juga tidak menyebut apa2 tentangnya. Kebenaran Allah itu pula tersebut didlm surah al-quran yg paling akhir diturunkan kepada nabi saw. Inilah pegangan Imam Bukhari, Malik dan orang2 lain yg sependapat dengan mereka berdua.
Muka 17
Tiada ulasan:
Catat Ulasan