Halaman

Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh Bukhari MMAY (Muka 16)

Muka 16
2.5.2 Para ulamak seperti Imam Bukhari, Imam Malik dan lain2 cukup sedar dan amat mengetahui tentang dalil2 berupa hadis2  yg menjadi pegangan golongan yg mengatakan anjing itu najis. Tetapi mereka memahami dan memakainya tidak seperti yg difahami oleh golongan itu. Antara alasan yg diguna pakai oleh pihak Imam Bukhari, Imam Malik dan lain2 dalam persoalan ini adalah seperti berikut:

2.5.2.1. Imam Bukhari  dan para ulamak yg sefahaman dengannya berpendapat hadis2 yg memerintah supaya anjing2 dibunuh dan bekas yg terkena jilatannya supaya dibasuh sebanyak 7X  dengan salah satu basuhannya hendaklah dengan tanah yg suci, itu sudah mansukh semuanya  atau ia tidak ada kena mengena dengan najis zat anjing itu tetapi sebaliknya kerana faktor lain iaitu demi menghapuskan semangat meniru dan kagum dengan orang yahudi  yg pada ketika itu sangat berpengaruh lantaran mereka adalah ahlilkitab dan menguasai ekonomi masyarakat setempat yg mana majoritinya terdiri daripada orang2 Arab yg kemudiannya telah memeluk agama Islam. Dalam persoalan ini Nabi saw telah bertindak sebagai ahli psikologi masyarakat atau seorang pembina dan arkitek umat dengan menggunakan cara dan kaedah sendiri yg telah terbukti berkesan.


2.5.2.2. Hadis2 yg menyebutkan bahawa amalan orang yg memelihara anjing, hilang setiap hari sebanyak satu atau dua qirat dan para malaikat tidak masuk kedalam rumah yg terdapat anjing didalamnya adalah berkenaan dengan anjing yg dipelihara semata2 kerana mengikut dan terpengaruh dengan gaya hidup sesuatu bangsa kafir seperti Yahudi dizaman Nabi saw atau berkenaan dengan anjing yg tidak apa2 manfaat  malah sebaliknya mengganggu ketenteraman awan. Adapun anjing yg berfaedah seperti anjing pelihara  untuk perburuan, menjaga binatang2 ternakan dan tanaman maka itu tidak terlarang sama sekali malah ia termasuk dalam apa yg dikecualikan berdasarkan hadis2 nabi saw berikut:

يقول من اقتنيى كلبا إلا كلبا ضاريا لصيد أو كلب ماشية  فانه ينقص من اجره كل يوم قيراطان

Muka 16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan