Halaman

Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 11)

Muka 11
Sebenarnya orang yg tidak suka(mengamalkannya) itu adalah kerana beradab semata2. Orang yg melarang daripada mengamalkannya sebenarnya tidak mempunyai landasan ilmu(yg kukuh). Rasullah tidak pernah melarang mereka yg tersebut itu daripada membaca al-quran.


2.4.1.8 Ibnu Abbas berpendapat orang yg berjunub atau berhaid boleh membaca Al-quran.

2.4.1.9  Iman Bukhari dan orang2 yg sependapat dengannya juga berhujah menggunakan qias bahawa jika Herakclus seorang kafir pun dapat memegang dan membaca al-quran, pada hal tentu sekali dia tidak mandi junub dan berwuduk, kenapa orang islam tidak boleh memegang dan membacanya pula?.

2.4.1.10 Apabila Nabi saw menghantar ayat al-quran kepada Herakclus, Baginda saw tentu sedar bahawa dikalangan orang2 yg hampir dengannya ialah orang2 perempuan seperti isteri, anak dan sebagainya. Mereka pula sebagai orang2 perempuan tentu sekali berhaid dan jauh sekali mereka akan berwuduk ketika mahu menyentuh atau membawa ayat al-quran yg dihantar oleh nabi saw itu kerana mereka adalah orang2 kafir. (***tambahan pengirim:ini juga bukti al-quran telah ditulis diatas kertas bukan ditulis diatas tulang atau batu dizaman nabi lagi, kerana kertas sudah ada dizaman nabi lagi). Namun begitu Nabi saw tetap menghantar ayat al-quran kepada mereka. Sampai disini satu persoalan pasti akan timbul iaitu adakah orang2 lelaki dan perempuan kafir lebih mulia daripada orang2 lelaki dan perempuan islam.?Bukankah Allah telah berfirman bermaksud :Sesungguhnya orang2 musyrikun itu najis? Dan bukan kah Rasullah saw pula telah bersabda bermaksud%Sesungguhnya orang mu'min tidak najis??

2.4.1.11 Imam Bukhari dan orang2 yg sependapat dengannya paling tinggi menerima hadis2 yg menyatakan larangan kepada orang2 berjunub, berhaid dan tidak berwuduk daripada memegang dan membaca al-quran sebagai larangan ta'dibi bukan larangan tahrimi.

Muka 11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan