Hadis Ibnu Abbas daripada Abu Sufian yg diriwayatkan oleh beliau sendiri dan juga tokoh2 hadis yg lain tentang surat Nabi saw yg diutus kepada Heraklus, dimana surat itu mengandungi ayat Al-quran.
2.4.1.5 Hadis yang diriwayatkan oleh beliau sendiri, Muslim, Tarmizi, Baihaqi, Ahmad dan lain2
وقالت عائشة كان النبي صلي الله وسلم يذ كر الله علي كل آحيا نه
Bermaksud:Aaisyah berkata, Nabi saw berzikir kepada Allah dalam semua keadaannya.
*Komentar:Termasuk dalam keadaan berhadas kecil dan junub. Sebahagian besar zikir Nabi saw terdiri dari ayat2 al-quran. Ini menunjukan sesaorang itu boleh membaca Al-quran walaupun dalam keadaan berhadas kecil atau besar.
2.4.1.6 Hadis Ali r.a yg diriwayatkan Abu Daud, Nasai, Ahmad, Hakim, Abu Ya'la, Ibnu Khuzaimah dan lain2 iaitu
ان رسول اللله عليه وسلم كان يخرج من الخلاء فيرئنا القرآنويآكل معنا اللحم ولم يكن يحجبحه آوقاليحجزه عن القررنشيء ليس الجنا به
Bermaksud:Sesungguhnya Rasullah saw selalu keluar daripada tempat membuang air lalu Baginda mengajar kami. Tidak ada sesuatu yg menghalang Baginda saw daripada membaca al-quran keadaan berjunub atau pun tidak.
2.4.1.7 Muaz bin Jabal pernah ditanya oleh Abdul Rahman, "Adakah orang berjunub boleh membaca al-quran?. Beliau menjawab," boleh kalau dia mahu ". Abdul Rahman bertanya," Bagaimana dengan perempuan berhaid dan bernifas? "beliau menjawab," Boleh, jangan sekali2 sesorang itu meninggalkan zikrillah dan membaca al-quran sama sekali. Abdul Rahman berkata, tetapi orangramai tidak suka mengamalkan demikian.
Muka 10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan