Halaman

Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 15)

Muka 15
Bermaksud : Ibnu Umar r.a berkata, "Anjing2 kencing, keluar dan masuk didalam masjid dizaman rasullah saw tetapi mereka(para sahabat) tidak merenjis pun tempat dimana terkena kencing dan tapak kaki anjing2 itu(hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi, Thahawi dll)

*Komentar: Jika anjing memang najis tentulah para sahabat tidak membiarkannya keluar masuk begitu didalam masjid. Mereka pasti akan menghalaunya keluar daripada masjid. Para sahabat bahkan tidak merenjis pun tempat2 yg dipijak dan terkena kencing anjing. Ini menunjukan anjing tidak najis pada pandangan mereka.

2.5.1.4  Hadis Abu Hurairah yg diriwayatkan beliau(Bukhari) sendiri, Imam Ahmad dan lain2 juga menunjukan anjing ialah binatang suci (bersih) seperti binatang lain yg suci iaitu:

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم ان رجلا راى كلبا يأكل الثرى من العطش فأخذ الجل خفه فجعل يغرف له به حتي أرواه فشكرالله له فأدخله الجنة

Bermaksud : Abu Hurairah meriwayatkan daripada nabi saw, "Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang makan tanah yg basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khaufnya lalu mencebuk air dengannya untuk untuk diberikan kepada anjing tersebut. Orang tadi terus meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas. Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia memasukannya kedalam syurga. "

*Komentar:Imam Bukhari berpendapat Allah tidak akan berkenan kepada perbuatan sesaorang yg salah disisiNya. Nabi saw pula tidak menjelaskan tentang jadi najis atau tidak khauf orang itu kerana anjing telah menjilat air kedalamya. Apa yg ada didalam hadis ini ialah sanjungan dan penghargaan daripada Allah kepada orang tersebut kerana budi baiknya terhadap anjing yg dahaga.

Muka 15.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan