Muka9
Komentar:Imam Bukhari berpendapat kepala dan tubuh Nabi saw pada hakikatnya penuh dengan al-quran namun begitu Baginda saw meletakan juga kepalanya diatas ribaan isterinya Aaisyah ketika sedang berhaid sambil membaca pula al-quran. Seperti mana al-quran yg suci, Nabi saw juga suci. Yang tidak suci kerana berhadas ialah isterinya Aaisyah. Tetapi hadis diatas menyatakan dengan terang Aaisyah sedang berhaid telah menampung kepala Nabi saw yg sedang membaca al-quran. Ini menunjukan perempuan yg berhaid boleh memegang atau membaca al-quran.
2.4.1.3. Hadis Abu Hurairah yg diriwayatkan oleh beliau(Bukhari) sendiri, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Nasai, Ibnu Hibban dan lain2,iaitu
عن آبي هريرة قال لقيني رسول الله صلي الله عليه وسلم وانا جنب فاخذ بيدي فمشيت معه حتي قعد فانسللت فآتيت الرحل فاغتسلت ثم جئت وهو قاعد فقال آين كنت يا آبا هر فقلت له فقال سبحا ن الله يا آبا هر إن المؤمن لا ينجس
Bermaksud :Abu Hurairah berkata, "Pernah Rasullah menemui ku dalam keadaan aku berjunub. Nabi saw pun memegang tangan ku lalu berjalan bersama2nya sampai Baginda duduk. Selepas itu aku menyelinap keluar dan terus pergi ke penginapan ku lalu aku mandi dan kemudian datang semula. Pada ketika itu Nabi saw masih lagi duduk. Maka Nabi saw bertanya, "Kemana engkau tadi hai Aba Hurairah? Aku menceritakan kepada beliau apa yg berlaku. Lantas Rasullah saw bersabda, Subhanaallah! Hai Aba Hurairah, Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.
*Komentar:Apabila Nabi saw sendiri mengatakan tubuh orang mukmin itu tidak najis malah suci walaupun dalam keadaan berjunub, maka apakah yg menghalangnya dari memegang dan membaca al-quran? Bukankah Nabi saw telah memegang tangan Abu Hurairah sebelum itu? Kalau Abu Hurairah telah najis atau kotor dengan sebab berjunub kenapa Baginda saw memegang tangannya?
Muka 9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan