Sambungan usul 8.memahami al quran berdasarkan tertib turun ayat.
17.surah fath(48)
Turun tahun ke 6 hijrah.kembali dari suluh hudaibiyah
Isi kandungan utamanya :berita gembira akan menakluk farsi dan afrika
Surah kemenangan dan kejayaan
Ayat 16
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi: "Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya".
Beberapa Latarbelakang orang munafik yg tidak eluk pada awalnya.
Dulunya mereka munafik atau aqidah mereka tidak eluk tetapi kemudian telahnmenjadi orang yg benar2 beriman.sebab tu namanya tak disebutkan sebab kmdnnya mereka menjadi muslim yg baik malah menjadikan islam bertambah kuat dengan menyebarkannya.
Ayat 20
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi: "Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya".
Ayat 21
Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Islam akan menguasai Parsi dan negara2 lain.
Ini semua adalah berita gembira dr allah
Sebahagian besar iskam mereka tak eluk tapi kemudianya telah eluk.
Ayat 27
Orang islam akan memasuki Masjid Al-Haraam dalam keadaan aman yg dinamakan fathul mekah.
Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu sementara
Tapi ianya adalah satu kemenangan yang dekat
Dimana pada Tahun ke 6 orang islam tak boleh masuk ke mekah.
Tahun ke7baru boleh masuk dgn perjanjian yg ketat.
Tahun ke8 baru berlaku penaklukan mekah tanpa peperangan atau dlm keadaan aman
Ini adalah Titik permulaan kemenangan seterusnya.
18.surah al jumaah(62)dari ayat 1-8
Zaman turun selepas penaklukan khaibar pada bulan muharram tahun ke 7, hijrah
Isi kandungan utamanya :jawatan kerasulan dan penyucian jiwa.
Ayat 1-8 turun ke 7 hijrah
Tiga ayat terakhir turun sebelum ini lagi tahun 1h.
Bgmn allah sebutkan peranannya rasul iaitu
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),
serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)
Orang yg dapat quran dan sunnah akan selamat
Ayat 3
Pengutusan nabi saw juga untuk orang dtg kemudian
وَآخَرِينَ مِنْهُمْ = termasuk kita yg dtg kemudian
yg disebut dlm ayat ini.
Ayat 5
Orang tak amal ilmu adalah mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul beban Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).
Ayat 6
anggap yahudi sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain,
maka bercita-citalah hendakkan mati , jika betul orang-orang yang benar.
Ayat 7
mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya,sebab mereka sangat cintakan dunia
Siapakah yg mengatur surah2 dlm quran.nabi yg atur bukan sahabat
Cara baca diajar nabi tak cukup dgn pandai bhs arab sj.
Nabi juga membersihkan jiwa manusia
Selain baca ,nabi juga ajar kefahaman dan pengajaran kandungan quran ,juga ajar hikmah iaiutu sunnah.ini kerja nabi.tuhan bg tau akan ada yg dtg kemudian tmasuk kita yg dtg kemudian
Perbandingan ada kerja
Ini bukti pengutusan nabi untuk seluruh alam
Nabi dan umat nabi ada tugas yg besar perlu ditunaikan yg dulunya ditanggung oleh yahudi dan ahlilkitab.mereka telah ubah dan tinggalkan.dan telah ditukar kpd umat islam pula sebab beberapa penyakit seperti rasa diri lebih,terlalu mementingkan dunia takut mati .tuhan kata jika kamu percayaseperti dakwaan itu tentu depa tak takut mati.ini peringatan untuk orang mukmin jika seperti mereka oeang islampun akan rosak seperti mereka juga
19.surah al maidah (5)
Zaman turun tahun ke 7 hijrah
Isi kandungan utamanya :undang2 islam dan sekularisma
Soal aqad dan makan ada dl surah ini.
Apa itu bangkai ,disini juga diberitahu.
Ada perbezaan islam dan sekularisma ada dlm surah ini.
Ayat 1
أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Contoh
Ini perintah allah
Sempurkannyalah aqad/ikatan nikah, jual beli
Aqad nikah,mesti disempurnakan tanggungjawab
Pemerintah,
Ini Peraturan pula makan minum.
Ayat 3
وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ
Diharamkan bangkai (binatang yang tidak disembelih dan
darah (yang keluar mengalir), dan
daging babi (termasuk semuanya), dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan
yang mati tercekik, dan
yang mati dipukul, وَالْمَوْقُوذَةُ dan
yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, وَالْمُتَرَدِّيَةُ dan yang mati ditanduk, وَالنَّطِيحَةُ dan
وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُم
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya),
-jika orang kafir sembelih tak boleh
-bg imam malik yg bertaring boleh makan
Rasullha melarang stiap yg bertaring.
Imam malik kataidofat masdar kepada fael bukan idofat kepada maful.jadi nabi larang memakan bintang yg dimakan oleh binatang bertaring.
السَّبُعُini fael
Disini adalah yg di makan baru sesuai dgn quran
dan disembelih atas nama berhala; tidak boleh dimakan juga
dan
(diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Ini ayat yg turun ketika haji wadak tetapi suruh letak kat sini.ini mukjizat nabi yg suruh letak ayat ni kat sini
Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.
Ayat 4
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu.
Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu.
Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"
Ayat ini tidak dipakai sebab taksub mazhab.
Ini anjing ,malah allah kata toyibat
Halal hasil buruan dr anjing,halal sampaibegitu sekali
Allah yg ajar tetapi orang kafir yg pandai.orang islam tak pandai.anjing yg diajar menjadi sangat mahal,berpuluh ribu harga anjing.anjing binatang istimewa.mencari mangsa runtuhan bangunan ,kesan penjenayah,kesan dadah semua guna anjing.jika dok asyik nak samak macm mn nak guna
Ayat 6
Rukun wuduk dlm surah ini juga.ada yg berbeza pendapat tentang rukun
Syafie, 4basah 2 kering
Hanafi ,tak ,quransebut 4.maka 4 shj
Awtof n wa bukan memberi makna tertib tetapi lumulakki jamii
basuh muka dan
kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan
sapulah kepala kamu, dan
basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali
Ini bhg keadilan pula
Ayat 8
hendaklah sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah jangan sekali-kali kebencian mendorong kepada tidak melakukan keadilan.
Ayat 44
Ayat 45
jiwa dibalas dengan jiwa, dan
mata dibalas dengan mata, dan
hidung dibalas dengan hidung, dan
telinga dibalas dengan telinga, dan
gigi dibalas dengan gigi, dan
luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Hukum qisas.
Pemerintahan boleh mengganti dgn bayaran yg setimpal bg tidak boleh qisas contoh gigi yg kukuh dengan gigi yg sudah bergoyang
Ayat 46
Ayat 47
Boleh jadi Kafir /zalim /fasik bila tidak menjalankan hukum allah.
Ayat 49
Ayat 50
20.surah at tahrim(66)
Zaman turun :tahun 8 hijrah
Isi kandungannya:kehidupan kekeluargaan dan peranan wanita dlm keluarga.
Ayat 3
ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya.
Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan
Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi.
Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya:
Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan?
Nabi menjawab: "Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya
Pengajarannya sangat besar untuk wanita yang bersuami lelaki yg berkedudukan mesti menjaga rahsia negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan