Halaman

Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 20).


(SAMBUNGAN) Usul ke 8
Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

Bab: Surah Yang Diturunkan DI Madinah
NOTA KULIAH
(20) Nama surah: Surah at-Tahrim Zaman turun: Tahun ke 8 Hijrah Isi kandungan utamanya: Kehidupan kekeluargaan dan peranan wanita.
(21) Nama surah: Surah al-Mumtahanah Zaman turun: Tahun ke 8 Hijrah Isi kandungan utamanya: Kewarganegaraan wanita dan peranannya dalam pengintipan.
(22) Nama surah: Surah al-Hujurat Zaman turun: Tahun ke 9 Hijrah Isi kandungan utamanya: Hak-hak Allah, Rasul dan orang-orang Islam
(23) Nama surah: surah at-Taubah Zaman turun: Pada bulan Rajab tahun ke 9. Sama ada sebelum atau selepas perang Tabuk Isi kandungan utamanya: Jihad dengan orang-orang musyrikin, Yahudi dan Nashara
(24) Nama surah: Surah al-Baiyyinah Zaman turun: Tahun ke 10 Hijrah Isi kandungan utamanya: Orang-orang yang tidak percaya kepada nabi Muhammad sebagai nabi terakhir adalah ahli neraka
(25) Nama surah: Surah al-Nashr Zaman turun: Pada bulan Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah di Mina Isi kandungan utamanya: Pemberitahuan tentang kewafatan Baginda s.a.w Rasulullah s.a.w wafat pada bulan Rabi’ul Awwal tahun ke 11 hijrah.

USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA
Usul kesembilan ialah memahami al-Quran berdasarkan tertib al-Quran yang ada di dalam Mushaf atau dalam bentuk sebuah buku di tangan umat Islam hari ini.
Di bawah usul kelapan telah pun dipaparkan bahawa mula-mula sekali lima ayat di permulaan Surah al-‘Alaq diturunkan.
Kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muddattsir, kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muzzammil dan seterusnya.
Pendek kata tertib turun al-Quran tidak sama dengan tertib al-Quran yang ada di dalam Mushaf hari ini.
Kenapa berlaku begitu?
Kenapa tidak dipakai saja susunan al-Quran menurut tertib turunnya? Apakah rahsia di sebalik ketidaksamaan dua tertib tersebut?
Anda akan mendapat jawapannya setelah memahami dengan baik beberapa perkara di bawah ini:
a) Tertib Tauqifi Tertib al-Quran seperti yang ada pada hari ini adalah tertib yang diterima para sahabat dari Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. pula menerimanya dari Jibril dan Jibril pula menerimanya dari Allah s.w.t. Tertib sebegini dinamakan Tertib Tauqifi kerana pada hakikatnya ia bukan hasil ijtihad manusia. Justeru ia adalah suatu yang dikehendaki Allah dan direstuiNya. Menurut tertib inilah al-Quran itu dihafal oleh para huffaaz dan qurra’ semenjak zaman Sahabat, Tab’i, Tab’i at-Tabi’in dan generasi-generasi yang datang kemudian hingga ke hari ini. Di sebalik tertib tauqifi ini juga tersimpan banyak sekali hikmat al-Quran sebagai kalam Allah s.w.t. Oleh itu ia perlu diteliti dan dikaji.
b) Jalinan dan paduan yang cukup indah di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah

Surah al-Fatihah adalah Makkiyyah.
Ia disusuli empat surah Madaniyyah, iaitu al-Baqarah, Aali `Imraan, an-Nisaa’ dan al-Maa’idah.

Empat surah Madaniyyah ini diikuti pula oleh
dua surah Makkiyyah, iaitu al-An’aam dan al-A’Raaf.

Selepas itu berturutan pula dua surah Madaniyyah,
iaitu al-Anfaal dan at-Taubah.

Demikianlah berterusan jalinan dan paduan yang penuh ma’na di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah.

c) Nama-Nama Surah Tiga perkara penting perlu diingat berkenaan dengan nama-nama surah.
i) Sebahagian besar nama-nama surah adalah tauqifi. Bagaimanapun tidak semuanya betul-betul tsabit (terbukti) diterima daripada Rasulullah s.a.w.
ii) Banyak daripada nama-nama surah tidak tauqifi. Ia diletakkan oleh para ulama berdasarkan ijtihad mereka.
iii) Sesetengah surah mempunyai beberapa nama. Seperti Surah ad-Dahr. Nama keduanya ialah al-Insaan.
Surah Muhammad. Nama keduanyaialah al-Qitaal.

d)   Surah-Surah, Juzu’-juzu’ dan Ruku’-ruku’.
i)  Di dalam al-Quran ada 114 Surah semuanya.  Pembahagian Surah-Surah kepada 114 adalah berdasarkan wahyu dan ia adalah suatu yang tauqifi.  Ia bukan hasil ijtihad sesiapa. Berdasarkan pembahagian inilah al-Qur’an itu seharusnya difahami. Pemahaman al-Qur’an berdasarkan pembahagiannya kepada juzu’-juzu’ merupakan usaha sia-sia.

ii)  Pembahagian  al-Qur’an kepada 30 juzu’ bukan tauqifi. Ia adalah hasil ijtihad para ulama yang datang kemudian. Sesetengah ulama berpendapat, ia bermula semenjak zaman Saiyidina Utsman lagi. Ia tidak sedikit pun membantu anda memahami al-Qur’an. Pembahagian al-Qur’an kepada 30 juzu itu hanyalah pembahagian kuantitatif semata-mata.

iii)   Pembahagian al-Qur’an kepada ruku-ruku juga bukan tauqifi. Ia seperti pembahagian kepada juzu’-juzu’ merupakan hasil ijtihad para ulama. Tujuannya lebih tertumpu kepada penentuan kuantiti. Walau bagaimanapun, pada banyak tempat, kesesuaian topik juga ada diambil kira.  Di bawah ini dikemukan carta pembahagian al-Qur’an kepada Surah-surah menurut tertib Mushaf yang ada di kalangan umat manusia hari ini di samping pembahagiannya kepada juzu-juzu’, ruku’ruku’ dan lain-lain (Bersambung di Sesi 21)
🐵🐵

20)nama surah :surah takrim
Zaman turun :tahun ke 8hijrah.
Isi kandungan utamanya :kehidupan kekeluargaan dan peranan wanita.

21)Nama surah :surah al mumtahanah
Zaman turun :tahun ke 8hijrah
Isi kandungan utamanya :kewarganegaraan wanita dan perananya dlm pengintipan.

22)nama surah :surah al hujurat
Zaman turun :tahun ke 9 hijrah
Isi kandungan  utamanya:hak2 allah ,rasu dan orang2 islam.

23)nama surah :surah at taubah
Zaman turun :pada bulan rajab tahun ke9 .sama ada sebelum atau selepas perang tabuk
Isi kandungan utama :orang2 musyrikin ,yahudi dan nashara

24)nama surah :surah albayyinah
Zaman turun:tahun ke 10 hijrah.
Isikandungan utamanya:orang2 yg tidak percaya kepada nabi muhamad sebagai nabi terakhir adalah ahli neraka.

25)nama surah:surah al nashr
Zaman turun:pada bulan zulhijjah tahun ke 10 hijrah di mina.
Isikandungan utamanya :pembeitahuan tentang kewafatan baginda saw.

Rasullah saw wafat pada human rabiul awal tahun ke11hijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan