Selasa, Mei 07, 2019

Qawaid tafsir 2019 sesi 02.

Qawaid tafsir 2019 sesi 02.

049. Syarat (yang disebut untuk
sesuatu perkara) tidak semestinya
menghendaki (/bererti) keharusan
berlakunya.

قاعدة 49  الشَّرْطُ لَا يَقْتَضِي جَوَازَ الْوُقِوْعِ

Keterangan: Menggantung sesuatu perkara dengan syarat tertentu tidak semestinya
bererti syarat itu memang wujud dan mungkin berlaku. Adakalanya sesuatu perkara
dikaitkan dengan sesuatu yang memang mustahil dan tidak mungkin berlaku.
Sebagai contohnya lihat saja beberapa contoh di bawah ini:
(l)
وَلَقَدۡ أُوحِیَ إِلَیۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكَ لَىِٕنۡ أَشۡرَكۡتَ لَیَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

65. Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepadaNabi-nabi yang terdahulu daripadamu: Demi sesungguhnya! jika engkau (danpengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulahakan (terhapus) gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yangrugi
(az-Zumar:65).

Terhapus dan gugurnya amalan Rasulullah s.a.w. dan baginda dikatakan akan tetap
termasuk dalam orang-orang yang rugi, digantungkan (dikaitkan) dengan (syarat)
perbuatan syirik (mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah) dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. Padahal syirik adalah suatu yang mustahil dan tidak mungkin
berlakunya pada mana-mana nabi pun, termasuk juga Nabi kita Muhammad s.a.w.
Inilah bukti kebenaran qaedah ke-49 yang menyebutkan: "Syarat (yang disebut untuk sesuatu perkara) tidak semestinya menghendaki (/bererti) keharusan berlakunya."
(2)
قُلۡ إِن كَانَ لِلرَّحۡمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلۡعَـٰبِدِینَ

81. Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): Kalau betulAllah Yang Maha Luas RahmatNya, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu
dakwakan) maka akulah orang yang mula-mula sekali akan menyembah anak itu;
(tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!
(az-Zuhruf:81).

Nabi Muhammad s.a.w. dikatakan akan menjadi orang yang mula-mula sekali
menyembah anak Allah jika ia memang betul-betul ada. Dan Allah pula diandaikan
jika mempunyai anak. Padahal kedua-duanya mustahil ada. Musiahil Allah ada anak
dan mustahil juga Nabi s.a.w. akan menyembah anak Allah yang mustahil adanya itu.
Bagaimanapun Allah menyuruh NabiNya Muhammad s.a.w. berkata kepada orang-
orang musyrikin yang percaya Allah mempunyai anak supaya berkata seperti yang
tersebut di dalam firman Allah itu. Ini membuktikan kebenaran qaedah ke-49 yangdiberikan di atas, bahawa: "syarat (yang disebut untuk sesuatu perkara) tidaksemestinya menghendaki (/bererti) keharusan berlakunya."
(3)
لَوۡ أَرَدۡنَاۤ أَن نَّتَّخِذَ لَهۡوًا لَّٱتَّخَذۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّاۤ إِن كُنَّا فَـٰعِلِینَ

17. Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan
mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya. (al-Ambiyaa':17).

Firman Allah di atas mengandaikan Allah dengan suatu andaian yang mustahil, iaitu
jika Dia hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah diambilNya hiburan dari
sisiNya tanpa ada siapa pun dapat menghalangNya daripada kehendakNya. TernyataDia tidak melakukan apa yang tersebut itu dan tidak menghendakinya, kerana iaadalah suatu yang mustahil kepadaNya, bagaimana pula Dia akan menghendakinya?!Firman Allah ini termasuk dalam bab menggantungkan sesuatu yang mustahil atassesuatu yang lain yang juga mustahil.
81

Qaedah Kedua: Firman Allah s.w.t. Bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu (al-Baqarah :2I 6).

وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـًٔا وَهُوَ خَیۡرٌ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمۡۚ

هُۥ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan