Tafsir nota 4 (68)
Al-Baqarah 2:39
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَآ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Al-Baqarah 2:40
يَٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّٰىَ فَٱرْهَبُونِ
Al-Baqarah 2:41
وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّٰىَ فَٱتَّقُونِ
Al-Baqarah 2:42
وَلَا تَلْبِسُوا۟ ٱلْحَقَّ بِٱلْبَٰطِلِ وَتَكْتُمُوا۟ ٱلْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Al-Baqarah 2:43
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
Bermaksud: Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (pula),mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.⁸⁶ [39].
Wahai Bani Israil,⁸⁷ kenangilah ni'matKu yang telah Aku kumiakankepadamu ⁸⁸ penuhilah janjimu kepadaKu,⁸⁹ niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu;⁹⁰ dan takutlah kepadaKu saja.⁹¹ [40]
_____________________________________________________________________________________________________
⁸⁶ Maksudnya ialah sesiapa yang mengikut petunjukKu dari keturunanmu, ia akan masuk syurga. Dan sesiapa yang tidak mengikutnya, ia akan masuk neraka. Itulah sahaja jalan untuk masuk syurga. Tiada lagi jalan yang lain selainnya. Menerusi ayat yang lain Allah berfirman menyatakan hakikat itu begini:
Al-Kahfi 18:110
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah TuhanYang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan denganTuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang shaleh dan janganlah diamempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.
(al-Kahf: 110).
⁸⁷ Israil adalah nama gelaran bagi Nabi Ya'qub bin Ishaq bin Ibiahim a.s. Ertinya sama dengan 'Abdullah (hamba Allah). Bani Israil ialah anak cucu Nabi Ya'qub.
Allah s.w.t. telah mengguna nama ini untuk Ya'qub di dalam ayat berikut:
Aali-Imran 3:93
كُلُّ ٱلطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَٰٓءِيلُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ ٱلتَّوْرَىٰةُۗ قُلْ فَأْتُوا۟ بِٱلتَّوْرَىٰةِ فَٱتْلُوهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Semua makanan itu halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Yakub) atas dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah (Muhammad), “Maka bawalah Taurat lalu bacalah, jika kamu orang-orang yang benar.”
(Aali 'Imraan:93).
⁸⁸ Di sini tidak disebutkan bentuk-bentuk ni'mat yang telah Allah kurniakan kepada Bani Israil. Tentu sekali ni'mat-ni'mat itu amat besar, sehingga Allah menyuruh
68
Tiada ulasan:
Catat Ulasan