Ahad, Januari 19, 2020

Tafsir nota 4(67)

Tafsir nota 4(67)

Setelah itu, (Nabi) Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah(bertaubat),84 lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, DialahYang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.[37].
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepadamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu ituniscaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap merekadan mereka pula tidak akan berdukacita.85  [38].

Al-Baqarah 2:168

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Bermaksud: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yangterdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; keranasesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
(al-Baqarah:168).

Al-Baqarah 2:208

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secarakeseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh y ang ny ata bagimu.
(al-Baqarah:208).

84 Tidak tersebut di sini apakah kalimah yang diterima Adam dari Allah, isyaratnya bagaimanapun ada, iaitu "Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun(Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". Tetapi ia tersebut dengan jelas dalam firman Allah berikut:

Al-A'raf 7:23

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

Bermaksud: Mereka berdua berkata (berdoa): Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami danmemberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.
(al-A'raaf:23).

85 Di dalam Surah Thaha pula Allah menyebutkan hasil mengikut petunjukNya begini:

Thaa Ha 20:123

قَالَ ٱهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًۢاۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ

Bermaksud: Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama,dalam keadaan sebahagian dari kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain;kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu niscaya dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.
(Thaha:123).

67

Tiada ulasan:

Catat Ulasan