Tafsir nota 4(79)
Dan (ingatlah) ketika kami berjanji kepada (Nabi) Musa empat puluh malam(untuk memberikan Kitab Taurat).¹⁰⁵ Kemudian, setelah ia pergi (ke Thursina),kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).[51].Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu agar kamu bersyukur. [52].
Thaa Ha 20:78
فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ بِجُنُودِهِۦ فَغَشِيَهُم مِّنَ ٱلْيَمِّ مَا غَشِيَهُمْ
Bermaksud: Maka Fir'aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka.
(Thaha:78).
Ad-Dukhkhan 44:23
فَأَسْرِ بِعِبَادِى لَيْلًا إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ
Ad-Dukhkhan 44:24
وَٱتْرُكِ ٱلْبَحْرَ رَهْوًاۖ إِنَّهُمْ جُندٌ مُّغْرَقُونَ
Bermaksud: (Allah berfirman): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu)keluar pada waktu malam, sesungguhnya kamu akan dikejar.(23).
Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang terbelah, Sesungguhnya merekaa dalah tentara yang akan ditenggelamkan" (24).
(ad-Dukhaan:23-24).
¹⁰⁵ Tidak dijelaskan di sinijanji selama empat puluh malam itu dibuat sekali gus atau secara berperingkat. Tetapi di dalam Surah al-A'raaf dijelaskan bahawa pada mulanya Allah berjanji dengan Musa selama tiga puluh malam sahaja, kemudian Allah menyempurnakannya dengan menambahkan sepuluh malam lagi. Maka jadilah bilangan semua sekali malam empat puluh malam.
Lihat ayat berkenaan di bawah ini:
Al-A'raf 7:142
وَوَٰعَدْنَا مُوسَىٰ ثَلَٰثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَٰهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَٰتُ رَبِّهِۦٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةًۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَٰرُونَ ٱخْلُفْنِى فِى قَوْمِى وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ ٱلْمُفْسِدِينَ
Bermaksud: Dan kami telah janjikan masa kepada (Nabi) Musa (untuk memberikanTaurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluhmalam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empatpuluh malam, dan berkatalah (Nabi) Musa kepada saudaranya (Nabi) Harun (semasakeluar menerima Taurat): Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku danperbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku) dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.
(al-A'raaf: 142).
79
Tiada ulasan:
Catat Ulasan