Ahad, Mac 22, 2020

Makna surah 002:035-039

Makna surah 002:035-039

Al-Baqarah 2:35

وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Al-Baqarah 2:36
فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Al-Baqarah 2:37
فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Al-Baqarah 2:38
قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًاۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Tafsir nota 4 (68)

Al-Baqarah 2:39
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَآ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga, 81 dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri (makan) pokok ini; jika kamu menghampirinya) nanti akibatnya kamu berdua termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. [35].
Kemudian Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu,82 menyebabkan mereka dikeluarkan dari ni'mat yang mereka telah berada didalamnya, dan Kami berfirman: Turunlah kamu (dari syurga ini ke bumi di  mana) sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain 83 dan di bumi disediakan untuk kamu tempat kediaman dan kesenangan sehingga kepada satu waktu yang ditentukan. [36].
Setelah itu, (Nabi) Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah(bertaubat),84 lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.[37].
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepadamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu niscaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.85 [38].
Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (pula),mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.86  [39].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan