Tafsir nota baca 5(90-95)
Tafsir nota 5(90)
Al-Baqarah 2:61
وَإِذْ قُلْتُمْ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَٰحِدٍ فَٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ ٱلَّذِى هُوَ أَدْنَىٰ بِٱلَّذِى هُوَ خَيْرٌۚ ٱهْبِطُوا۟ مِصْرًا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّۦنَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ
Al-Baqarah 2:62
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Al-Baqarah 2:63
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ ٱلطُّورَ خُذُوا۟ مَآ ءَاتَيْنَٰكُم بِقُوَّةٍ وَٱذْكُرُوا۟ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Al-Baqarah 2:64
ثُمَّ تَوَلَّيْتُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَۖ فَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ لَكُنتُم مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak tahan lagi makan sejenis makanan sahaja (Manna dan Salwu)¹¹⁶ kerana itu pohonlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia mengeluarkan untuk kami tumbuh-tumbuhan bumi berupa sayur-sayurannya, mentimunnya, gandumnya, kacang dalnya dan bawangnya." Jawab Musa: Adakah kamu mahu menukarkan kehidupan yang hina dengan kehidupan yang lebih baik? Pergilah ke mana-mana negeri, kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu."Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kemiskinan¹¹⁷ dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Balasan itu ialah kerana merekamengingkari ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu'jizat-mu'iizat yang membuktikan kebesaranNya); dan membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Balasan itu ialah kerana mereka menderhaka dar sentiasa melakukan pencerobohan¹¹⁸ [61]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orangNasrani dan orang-orang Shabi'in, siapa saja di antara mereka itu yang benar benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal shaleh,lle merekaakan menerima pahala dari Tuhan mereka, tiada lagi sebarang ketakutankepada mereka, dan mereka juga tidak akan berdukacfta¹²⁰ [62].
Dan (kenangilah), ketika Kami mengadakan perjanjian denganmu (supayaberpegang teguh dengan ajaran-ajaran agama) dan Kami angkatkan gunung(Thursina) ke atas mu¹²¹ (sambil berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang
Kami berikan kepadamu 122 dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertaqwa.[63].
Kemudian kamu berpaling setelah (adanya perjanjian) itu, kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya atasmu, niscaya kamu berada di dalam golongan orang-orang yang benar-benar rugi¹²³ [64]
________________________________________________________
¹¹⁶ Manna ialah sejenis makanan yang manis pekat macam madu. Ia turun dari langit seperti embun, dan jatuh ke atas batu. Salwa pula sejenis burung mzlcam puyuh.
¹¹⁷ dizaman berkenaan, bukan sepanjang masa kerana Allah berfirman:
Al-Ma'idah 5:20
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَٰقَوْمِ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنۢبِيَآءَ وَجَعَلَكُم مُّلُوكًا وَءَاتَىٰكُم مَّا لَمْ يُؤْتِ أَحَدًا مِّنَ ٱلْعَٰلَمِينَ
Bermaksud; Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenangilah nikmat Allah kepadamu,ketika Dia menjadikan dalam kalanganmu beberapa orang Nabi dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan kuncu-kuncunya)dan Dia memberikan kepadamu apa yang tidak pernah diberikan kepada seseorangpun dari umat-umat (yang ada pada masa itu).
(al-Maa'idah:20).
Kemiskinan yang tersebut di dalam ayat ini tidak semestinya bererti mereka menjadipapa kedana dan tidak memiliki apa-apa selama-lamanya, Perkataan المسكنة dalam bahasa 'Arab boleh juga bererti tidak mempunyai harta yang mencukupi, walaupunada juga sedikit sebanyak hartanya.Ini berdasarkan firman Allah berikut:
90
Tafsir nota 5(91)
_______________________________________________________
Al-Kahfi 18:79
أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَٰكِينَ يَعْمَلُونَ فِى ٱلْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
Bermaksud: Adapun perahu itu maka ia adalah kepunyaan orang-orang miskin yangbekerja di laut; aku membocorkannya dengan tujuan hendak mencacatkannya, keranadi belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiaptiap buah perahu(yang tidak cacat).
(al-Kahfi:79).
¹¹⁸ Penderhakaan dan pencerobohan mereka yang berterusan telah mendorong merekamembunuh para nabi dan melakukan apa yang telah mereka lakukan.
Ia bersesuaian dengan firman Allah:
As-Shaf 61:5
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَٰقَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِى وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيْكُمْۖ فَلَمَّا زَاغُوٓا۟ أَزَاغَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمْۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَٰسِقِينَ
Bermaksud: Dan (ingatlah peristiwa) ketika (Nabi) Musa berkata kepada kaumnya:'Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepadamu?" Maka bila mereka menyeleweng(dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka(dari mendapat petunjuk), dan sememangnya Allah tidak memberi petunjuk kepadakaum yang fasik (derhaka).
(as-Shaf:5).
An-Nisa' 4:115
وَمَن يُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ ٱلْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ ٱلْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِۦ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِۦ جَهَنَّمَۖ وَسَآءَتْ مَصِيرًا
Bermaksud: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyatakepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yanglain dari jalan orang-orang yang berirnan, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akanmemasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.(an-Nisaa':115).
91
Tafsir nota 5(92)
________________________________________________________
¹¹⁹ sesuai dengan Syari'at Islam yang mulia dan Sunnah Nabi s.a.w. Kerana Allahtelah berfrman:
Al-A'raf 7:3
ٱتَّبِعُوا۟ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ مِن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَۗ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
Bermaksud: Turutlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu danjanganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin selainNya; (tetapi sayang) amatlahsedikit kamu mengambil peringatan.(al-A'raaf,3)
Al-Ahzab 33:21
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu sut'i teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik)hari kiamat dan dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah. (al-Ahzaab:21).
¹²⁰ terhadap apa yang terlepas dari mereka di dunia, kerana tidak ada satu pun pahala bagi amalan baik yang telah mereka kerjakan di dunia terlepas dari mereka di akhirat.
Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya merekayaug beriman dan beramal shaleh, tentulah Kamitidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya denganbaik.(al-Kahfi:30).
Di dalam al-Qur'an Allah telah beberapa kali membuat kenyataan berupa jaminan kepada 6 rang-orang atau golongan-golongan manusia tertentu bahawa "tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidakakan berdukacita)". Siapakah mereka dan di dalam surah-surah manakah iadisebutkan? Di bawah ini dikemukakan ayat-ayatberkenaan beserta terjemahan, rutmasurah dan ayat ke berapanya:
Al-Baqarah 2:38
قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًاۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu!Kemudian jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu (melalui Rasul-rasul danKitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikutipetunjukKu itu niscaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadapmereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(al-Baqarah:38)
Al-Baqarah 2:62
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman,orang Yahudi ,orang Nasrani dan orang-orang Shabi'in, siapa saja di antara mereka itu yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal shaleh 120 mereka akan
92
Tafsir nota 5(93)
________________________________________________________
menerima pahala dari Tuhan mereka, tiada lagi sebarang ketakutan kepada mereka,dan mereka juga tidak akan berdukacita. (al-Baqarah:62).
Al-Baqarah 2:112
بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepadaAllah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dantidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(al-Baqarah:112)
Al-Baqarah 2:262
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَآ أَنفَقُوا۟ مَنًّا وَلَآ أَذًىۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudianmereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap merekadan tidak (pula) mereka bersedih hati.(al-Baqarah:262).
Al-Baqarah 2:274
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُم بِٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
maksud: Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang harisecara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisiTuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(al-Baqarah:274).
Al-Baqarah 2:277
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh,mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati(al-Baqarah:277).
Aali-Imran 3:169
وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتًۢاۚ بَلْ أَحْيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
Aali-Imran 3:170
فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا۟ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan merekaadalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (169)
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yangtelah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baikmengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), Yangmasih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka,(iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (170).
(Aali "Imraan;169-170).
93
Tafsir nota 5(94)
________________________________________________________
Al-Ma'idah 5:69
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟ وَٱلصَّٰبِـُٔونَ وَٱلنَّصَٰرَىٰ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحًا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiein dan orang-orang Nasrani sesiapa sahaja di antara mereka yangberiman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan(beriman kepada) hari akhirat serta beramal shaleh, maka tidaklah ada kebimbangan(dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidakakan berdukacita.(Al-Maa'idah:69)
Al-An'am 6:48
وَمَا نُرْسِلُ ٱلْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَۖ فَمَنْ ءَامَنَ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawaberita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal shaleh, makatidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap merekadan mereka tidak akan berdukacita.
(al-An'aam:48).
Al-A'raf 7:35
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ ءَايَٰتِىۙ فَمَنِ ٱتَّقَىٰ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul darikalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, makasesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (darimberlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-A' raaf: 35).
Yunus 10:62
أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Yunus 10:63
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ
Bermaksud: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (darisesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(62)
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasabertaqwa. (63).
(Yunus:62-63).
Al-Kahfi 18:13
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَٰهُمْ هُدًى
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya denganberkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yangbetul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (darisesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(al-Ahqaaf:13).
¹²¹ sehingga ia benar-benar berada di atas kepala-kepalamu, sesuai dengan firmanAllah ini:
94
Tafsir nota 5(95)
________________________________________________________
Al-A'raf 7:171
وَإِذْ نَتَقْنَا ٱلْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُۥ ظُلَّةٌ وَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُۥ وَاقِعٌۢ بِهِمْ خُذُوا۟ مَآ ءَاتَيْنَٰكُم بِقُوَّةٍ وَٱذْكُرُوا۟ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atasmereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) danmereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami katakankepada mereka): "Peganglah dengan teguh apa (Kitab Taurat) yang telah Kamiberikan kepadamu, dan ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang terkandung didalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (al-A'raaf:171).
122 Di sini tidak disebutkan dengan terang apa yang diberikan kepada mereka dandiperintahkan mereka supaya berpegang teguh dengannya itu, tetapi ia disebutkan didalam firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:53
وَإِذْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْفُرْقَانَ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Bermaksud: Dan (kenangilah) ketika Kami kurniakan kepada Musa Al-Kitab (Taurat)dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan diantarakebenaran dan kepalsuan), supaya kamu mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:53).
¹²³ di sisi Allah pada hari pembalasan kelak. Kerana Allah berfirman:
Az-Zumar 39:15
فَٱعْبُدُوا۟ مَا شِئْتُم مِّن دُونِهِۦۗ قُلْ إِنَّ ٱلْخَٰسِرِينَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْخُسْرَانُ ٱلْمُبِينُ
Bermaksud: (Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik dankamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya). Katakanlah lagi: Sesungguhnya orang-orang yang rugi'(dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang nyata.
95
Tiada ulasan:
Catat Ulasan