Halaman

Khamis, Mac 05, 2020

Tafsir nota 5(85)

Tafsir nota 5(85)

Dan Kami telah menaungimu dengan awan (dari panas matahari di padangpasir) dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "Salwa", (lalu Kami berfirman) : Makanlah makanan-makanan y ang baik yang Kami telah kurniakan kepadamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan mengkufuri ni'matitu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri¹¹² [57]
________________________________________________________

Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu memahaminya.(73 )
(al-Baq arah:72-73).

¹¹² Menerusi ayat ini Allah menyebutkan dua lagi ni'mat besar yang telah dikurniakanNya kepada Bani Israil. Dua ni'mat ini juga patut dikenang mereka sampai ke anak cucu. Di dalam ayat ke-160 Surah al-A'raaf disebutkan juga dua ni'mat itu di samping punca air yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka diperantauan.
Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:

Al-A'raf 7:160

وَقَطَّعْنَٰهُمُ ٱثْنَتَىْ عَشْرَةَ أَسْبَاطًا أُمَمًاۚ وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ إِذِ ٱسْتَسْقَىٰهُ قَوْمُهُۥٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْحَجَرَۖ فَٱنۢبَجَسَتْ مِنْهُ ٱثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًاۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْۚ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلْغَمَٰمَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰۖ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْۚ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Bermaksud: Kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku,sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada (Nabi) Musa, ketikakaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Makaterpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka)mengetahui tempat masing-masing dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kamifurunkan kepada mereka "Manna" dan "Salwa". (lalu Kami berfirman): Makanlahmakanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepadamu dan tidaklahmereka menganiaya Kami (dengan mengkufuri ni'mat itu), tetapi sebenarnya merekamenganiaya diri sendiri. (al-A'raaf: 160).

Firman Allah di dalam Surah Thaha ayat 80-81 pula menyatakan kawasan di mana mereka mendapat semua ni'mat tersebut dan bilakah ia berlaku.

Lihat firman Allah berkenaan:

Thaa Ha 20:80

يَٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ قَدْ أَنجَيْنَٰكُم مِّنْ عَدُوِّكُمْ وَوَٰعَدْنَٰكُمْ جَانِبَ ٱلطُّورِ ٱلْأَيْمَنَ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰ
Thaa Ha 20:81

كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَلَا تَطْغَوْا۟ فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِىۖ وَمَن يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِى فَقَدْ هَوَىٰ

Bermaksud: Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah menyelamatkanmu darimusuhmu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada NabiMusa) di sebelah kanan Gunung Sinai.itu dan kami turunkan kepadamu "Manna" dan"Salwa", (80)
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakankepadamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yangdemikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu,maka sesungguhnya binasalah ia. (81).

85

Tiada ulasan:

Catat Ulasan