Halaman

Isnin, Jun 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(073)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(073)

Zaman Diturunkan
Surah al-An'aam diturunkan di peringkat akhir Rasulullah s.a.w. berada di Mekah, betul-betul sebelum Baginda berhijrah pada tahun ke-13 Kenabian. Surah ini merupakan intisari da'wah Baginda Selama 13 tahun di Mekah, di dalamnya juga terdapat kata dua untuk orang-orang kafir Quraisy di Mekah.
Ayat 33 berdasarkan hadits yang dha'if mungkin diturunkan berikutan kata-kata Abu Jahal bahawa orang-orang musyrikin Mekah tidaklah mendustakan diri Muhammad, mereka hanya mengingkari ayat-ayat al-Qur'an yang dida'wa Muhammad diturunkan kepadanya (Lihat Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Qur'an, Bab Tafsir Surah al-An'aam, Hadits 3064).

Ciri-Ciri Khusus Surah al-An'aam
1. Surah al-An'aam merupakan pendedahan tentang kemungkaran-kemungkaran dan jenayah-jenayah
yang dilakukan oleh orang-orang musyrikin Mekah. Di dalamnya tersebut bermacam-macam bentuk
kesyirikan yang dilakukan mereka. Di dalamnya juga tersebut bermacam-macam jenis tauhid. Setelah
mengemukakan bantahan dan kritikan orang-orang musyrikin Mekah, jawapan yang membungkam
mereka diberikan. Ancaman kebinasaan juga diberikan kepada mereka secara umum.

2. Dari segi tertib susunan surah, empat Surah Madaniyyah terletak berturut-turut selepas Surah al-Fatihah, iaitu al-Baqarah, Aali 'Imraan, an-Nisaa' dan al-Maa'idah. Di dalamnya terkandung pendedahan tentang kemungkaran-kemungkaran dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil,seruan kepada Ahli Kitab supaya menerima Islam dan hubungan antara mereka dengan umat Islam.

3. Bermula dari Surah al-An'aam, mizaj (ragam) al-Qur'an mula bertukar, ia mula berbicara tentang Bani Isma'il, secara khususnya orang-orang Quraisy Mekah. Dua Surah Makkiyyah bermula dari sini dan pembaca mulai merasa gaya bahasa yang agak berlainan dari gaya bahasa yang terdapat di dalam surah-surah sebelumnya.

Perkaitan Dan Kesinambungan Antara Surah Al-An'Aam Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.

1. Di dalam Surah al-Maa'idah dikemukakan شرك في التشريع yang tersebar dengan meluas di kalangan Yahudi dan Nashara, ia menggambarkan sekularisma yang menguasai kehidupan mereka. Di dalam Surah al-An'aam pula, selain beberapa perkara yang lain diterangkan pula شرك في التشريع, yang berlaku di kalangan musyrikin Mekah.

73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan