Halaman

Isnin, Jun 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(074)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(074)

2. Di dalam ayat ke-6 Surah al-An'aam Allah menyebutkan secara umum tentang kebinasaan dan kemusnahan umat-umat yang dahulu, di dalam Surah al-A'raaf selepas ini pula disebut secara terperinci perihal enam kaum terdahulu yang dibinasakan. Amaran terakhir diberikan kepada orang-orang kafir Quraisy Mekah. Di dalamnya disebutkan sunnatullah berhubung dengan punca-punca kebinasaan
bangsa dan umat manusia di samping sunnatullah berhubung dengan penukaran kuasa di antara bangsa
dan umat manusia.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Penting Di Dalam Surah Al-An'Aam
1. Penghinaan terhadap  غَيْرُ الله yang dijadikan sebagai sembahan dan tuhan selain Allah. Soalan-soalan
berbentuk monolog untuk menolak pegangan dan kepercayaan orang-orang musyrikin dikemukakan:
(a) Untuk menolak Sifat Rububiyyah pada غَيْرُ الله (selain Allah) dikatakan قُلْ أَغَيْرَ الله أَبْغِي رَبًّا (Ayat:164).
(b) Untuk menolak ibadat kepada غَيْرُ الله(selain Allah) dan شرك في الدعاء (syirik dalam doa)dikatakan أَغَيْرَ الله تَدْعُونَ
(Ayat: 40).
(c) Untuk menolak غَيْرُ الله sebagai pelindung dan sebagai penjaga manusia dikatakan
(Ayat: 14).
(d) Untuk menolak kuasa-kuasa pada غَيْرُ الله 
dikatakan قُلْ أَنَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا (Ayat:71).
(e) Untuk menolak kekuasaan dan kehakiman  غَيْرُ الله  dan شرك في التشريع dikatakan  قُلْ أَغَيْرَ الله أَبْغِي أَتَّخِذُ(Ayat: 114).

2. Dalam membantah kepercayaan orang-orang musyrikin yang menyamakan  غَيْرُ الله dengan Allah,
digunakan dua kali lafaz يَعْدِلُوْنَ(menyamakan atau mempersekutukan) iaitu pada ayat 1 dan ayat 150.
Untuk menolak شرك في الذات, satu dalil aqli diletakkan di hadapan mereka, bahawa kalau Allah tidakmempunyai isteri atau teman wanita bagaimana pula Dia akan mempunyai anak? أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُنْ لَهُ صَاحِبَةٌ ۖ (ayat: 101)

3. Dalam menyabitkan tauhid ilmu, dikatakan Allahlah yang memiliki anak-anak kunci ghaib (Ayat: 59).
Ilmunya meliputi segala sesuatu (Ayat: 80). Allah mengetahui tentang segala sesuatu (Ayat: 101).

4. Perbezaan di antara konsep حمد dan  تسبيح dikemukakan dalam ayat yang sama untuk menjelaskan tentang tauhid tanzih. Dia yang memberi makan, bukan dia yang diberi makan وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ ۗ (Ayat:14).


5. Beberapa perkara di bawah ini dikemukakan sebagai bukti kepada tauhid dalam kekuasaan:

74

Tiada ulasan:

Catat Ulasan