Halaman

Isnin, Jun 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(075)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(075)

(a) Allah berkuasa membinasakan bangsa 
-bangsa أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ (Ayat: 6).
(b) Allah memotong akar umbi kaum dan bangsa yang zalimi فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ Ayat: 45).
(c) Tidakkah kamu perhatikan bahawa azab Allah juga secara tiba-tiba dan tidak di sangka-sangka boleh menimpa?قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّهِ بَغْتَةً أَوْ جَهْرَةً (Ayat: 47).
(d) Allah boleh menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dengan bermacam-macam cara: 
(1)Dengan melepaskan hujan, kilat dan lain-lain dari arah atas 
(2) Dengan mencetuskan gempa bumi, tanah runtuh dan banjir dan lain-lain dari bawah 
(3) Dengan mencetuskan perang antara bangsa-bangsa dan puak-puak berkepentingan di dunia.

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ 
أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ
65. Katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)dari sebelah atas kamu. atau dari bawah kaki kamu atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan bemecah-belah - berpuak-puak. dan Ia merasakan sebahavian daripada kamu akan perbuatan
ganas dan kejam sebahagian yanq lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

(e) Allah s.w.t berkuasa menghilangkan pendengaran, pengelihatan dan Dia juga berkuasa mengunci mati hati manusia. Jika Allah melakukan begitu, tiada siapa 
pun غَيْرَ الله dapat mengembalikan semua yang tersebut itu kepada seseorang.
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ وَأَبْصَارَكُمْ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِهِ ۗ انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ

46. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" 

Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam padaitu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.

(f) Dengan memberi kepada manusia kuasa di bumi, Allah hendak menguji mereka sebenarnya.

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ 
لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ


75

Tiada ulasan:

Catat Ulasan