Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(077)
ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّهِ مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ ۚ أَلَا لَهُ الْحُكْمُ وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ
62. Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pensawas mereka ]uang sebenar yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah. bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu). dan Dia lah secepat-cepat Pengira -Penghitung.
(c) Tidak harus dijadikan sesiapa pun pengadil selain Allah apabila Allah telah menurunkan
hukum yang jelas kepada orang-orang Islam.
أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا ۚ وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
114. (Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terperdaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah. padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
(d) Allah jua yang berkuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu. Binatang yang disembelih dengan nama Allah sahaja yang halal dimakan.
فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
118. Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
(e) Binatang yang disembelih tidak atas nama Allah dilarang daripada dimakan dan ia dipanggil fisq iaitu perbuatan fasiq dan berdosa.
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ ۗ وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰ أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ ۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
121. Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatane-binatang halal) yane tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan
mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang
77
Tiada ulasan:
Catat Ulasan