Halaman

Isnin, Jun 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(078)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(078)

musyrik.
(f) Hasil-hasil tanaman barulah dianggap bersih dan suci setelah dikeluarkan zakatnya. Kita juga tidak dibenarkan bersikap boros walaupun pada perkara-perkara yang halal.


وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ 
وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

141. Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan
(warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah. dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya: dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa iua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

(g) Kaedah asas halal dan haram diberikan bahawa di dalam wahyu Allah, hanya bangkai, darah yang mengalir, daging babi, sembelihan bukan atas nama Allah itulah yang diharamkan.
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

145. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku. sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai" atau darah yang mengalir  atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu vang dilakukan secara fasik. iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

Antara kesyirikan yang berlaku di kalangan musyrikin Mekah ialah mereka menghalal dan mengharamkan sendiri banyak perkara tanpa mempedulikan syariat Allah, mereka berkata: "lni binatang-binatang ternakan dan hasil-hasil tanaman yang diwaqafkan khusus untuk berhala-berhala.

وَقَالُوا هَٰذِهِ أَنْعَامٌ وَحَرْثٌ حِجْرٌ لَا يَطْعَمُهَا إِلَّا مَنْ نَشَاءُ بِزَعْمِهِمْ 
وَأَنْعَامٌ حُرِّمَتْ ظُهُورُهَا وَأَنْعَامٌ لَا يَذْكُرُونَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا 
افْتِرَاءً عَلَيْهِ ۚ سَيَجْزِيهِمْ بِمَا كَانُوا يَفْتَرُونَ


78

Tiada ulasan:

Catat Ulasan