Halaman

Isnin, Jun 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(079)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(079)


138. Dan mereka berkata lasi: "Ini adalah binatang-binatang temak dan tanaman-tanaman yang dilarang, yang tidak boleh seorang pun memakannya kecuali sesiapa yang kami kehendaki", -menurut anggapan mereka; dan (sejenis lagi) binatang-binatang ternak yang dilarang menunggangnya; dan (sejenis lagi) bintang-bintang ternak yang tidak mereka sebutkan nama Allah ketika menyembelihnya; (semuanya itu mereka lakukan dengan) berdusta terhadap Allah.
Allah akan membalas mereka disebabkan apa yang mereka telah ada-adakan itu.
Mereka juga menganggap anak dalam kandungan binatang ternakan mereka yang dilahirkan hidup hanya halal untuk kalangan lelaki, ia tidak halal untuk orang-orang perempuan.

وَقَالُوا مَا فِي بُطُونِ هَٰذِهِ الْأَنْعَامِ خَالِصَةٌ لِذُكُورِنَا وَمُحَرَّمٌ عَلَىٰ أَزْوَاجِنَا ۖ 
وَإِنْ يَكُنْ مَيْتَةً فَهُمْ فِيهِ شُرَكَاءُ ۚ سَيَجْزِيهِمْ وَصْفَهُمْ ۚ إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

139. Dan mereka berkata lagi: "Apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak itu (jika ia dilahirkan hidup) adalah halal bagi lelaki-lelaki kami dan haram bagi perempuan-perempuankami". Dan jika ia (dilahirkan) mati, maka mereka (lelaki perempuan) bersekutu padanya
(bersama-sama memakannya). Allah akan membalas mereka tentang apa yang mereka tetapkan(mengenai halal dan haram) itu. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
(h) Rasulullah s.a.w. dilarang daripada merestui peraturan halal dan haram ciptaan orang-orang musyrikin Mekah yang hanya berasaskan hawa nafsu semata-mata.

قُلْ هَلُمَّ شُهَدَاءَكُمُ الَّذِينَ يَشْهَدُونَ أَنَّ اللَّهَ حَرَّمَ هَٰذَا ۖ فَإِنْ شَهِدُوا 
فَلَا تَشْهَدْ مَعَهُمْ ۚ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا 
وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ وَهُمْ بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ

150. Katakanlah: "Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan(benda-benda yang kamu haramkan) ini". Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi(secara dusta). maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka; dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, dan orang-
orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yanglain) dengan Tuhan mereka.

(i) Allah s.w.t. mengharamkan syirik, derhaka kepada dua ibu bapa, membunuh anak-anak,melakukan perkara yang keji, baik yang nyata atau tersembunyi dan membunuh tanpa sebenar.

79

Tiada ulasan:

Catat Ulasan