Halaman

Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0109)

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0109)

Kaedah 58.

قاعدة ٥٨  النَّكِرةُ إِذَا تَكَرَّرَتْ دَلَّتْ عَلَى التَّعَدَّدِ بِخَلَافِ ابْمَعْرِفَةِ

(Isim)Nakirah apabila berulang,
menunjukkan beberapa, berbeza
dengan ma'rifah.


Keterangan: Mana-mana isim apabila disebut dua kali atau berulang kali, ia tidak
akan terlepas daripada empat keadaan berikut:
(1) Isim ma'rifah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya ia
disebutkan dalam bentuk ma'rifah.
(2) Isim nakirah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya ia disebutkan
dalam bentuk nakirah.
(3) Mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kernudian disebut dalam bentuk
nakirah.
(4) Mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian disebut dalam bentuk
ma'rifah.
Jika sesuatu isim ma'rifah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka pada
kebiasaannya, isim ma'rifah kedua adalah isim md'rifah yang pertama juga.
Jika sesuatu isim nakirah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka biasanya
isim nakirah kedua lain daripada nakirah pertama.
Jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebut
dalam bentuk ma'rifah, maka yang disebut kemudian dalam bentuk ma'rifah itu tidak
lain, isim nakirah pertama jua.
Dan jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru
disebut dalam bentuk nakirah, maka dalam keadaan ini penentuan hendaklah dibuat
berdasarkan qarinah (petunjuk yangada dalam ayat).

Peringatan: Hukum-hukum yang diberikan untuk empat keadaan isim di atas adalah
berdasarkan kebiasaan atau kebanyakannya. Bukanlah ia suatu yang mesti dan tidak
dapat tidak. Kadang-kadang kerana adanya qarinah-qarinah tertentu, hukumnya lain
daripada apa yang diberikan tadi.

109

Tiada ulasan:

Catat Ulasan