Qawaid tafsir 2018 nota 8(0110).
Contoh-contoh:
Contoh aplikasi isim dalam bentuk pertama iaitu isim ma'rifah disebut dua kali di
dalam ayat, danpada kedua kalinya ia digunakan dalam bentuk ma'rifah, ialah firman
Allah berikut:
(1)
إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ(5)
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ( 6)
5. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
6. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan ni'mat kepada mereka,
(al-Fatihah: 5-6).
Perkataan ٱلصِّرَٰطَ tersebut dua kali di situ. Pada kedua kalinya ia digunakan dalam
bentuk ma'rifah. Mula-mula ia ma'rifah dengan ال(Alif Laam), selepas itu ia ma'rifah
kerana diidhafatkan kepada isim ma'rifah yang lain. Dalam keadaan ini ٱلصِّرَٰطَ kedua
tidak lain adalah ٱلصِّرَٰطَ yang pertama jua. Pendek kata, yang dimaksudkan dengan
kedua-dua ٱلصِّرَٰطَ ,itu ialah ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیم
(2)
وَقِهِمُ ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ وَمَن تَقِ ٱلسَّیِّـَٔاتِ یَوۡمَىِٕذٍ فَقَدۡ رَحِمۡتَهُۥۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
9. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya)
dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan)
kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah
mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar
(nilainya).
(Ghafir: 9).
ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ
(balasan kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh mereka) yang tersebut
dahulu di dalam ayat di atas, itulah juga. ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ yang tersebut selepasnya.
Contoh aptikasi isim dalam bentuk kedua iaitu Isim nakirah disebut dua kali atau
berulang kali, setiap kali disebut, ia disebutkan dalam bentuk nakirah adalah firman
Allah berikut:
(1)
110
Tiada ulasan:
Catat Ulasan