Halaman

Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0117)

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0117)


Seorang Rasul yang tersebut di dalam ayat ini tidak memberi erti umum, walauppun
ia digunakan dalam bentuk nakirah. Sebabnya ialah ia terletak selepas f il mutsbat.
Dalam keadaan ini nakirah tidak memberi erti umum. Ia sebaliknya mernberi erti
khusus. Rasul yang dimaksudkan di situ ialah rasulullah s.a.w.
Contoh nakirah yang diidhafatkan kepadanya perkataan كلadalah seperti di
bawah ini:

وَجَاۤءَتۡ كُلُّ نَفۡسٍ مَّعَهَا سَاۤىِٕقٌ وَشَهِیدٌ


21. Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua
malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; 
(Qaaf:2l).

Perkataan نفسadalah satu isim nakirah, ia sekarang terletak selepas f iil mutsbat.
Pada asalnya mengikut qaedah 59, ia tidak memberi erti umum. Ia semestinya
memberi erti khusus dalam keadaan ini, tetapi disebabkan perkataan كلdiidhafatkan
kepadanya, maka ia memberi erti umum. Kerana lafaz كل adalah lafaz yang memberi
erti umum.
Contoh nakirah yang terletak di dalam ayat yang menyatakan ni'mat ialah:
(1)
 وَهُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ ٱلرِّیَـٰحَ بُشۡرَۢا بَیۡنَ یَدَیۡ رَحۡمَتِهِۦۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءً طَهُورًا


48. Dan Dialah Tuhan yang menshantarkan anein sebaeai berita eembira sebelum
kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih suci, 
(al-
Furqaan:48).

Di dalam ayat ini ada dua isim nakirah yang terletak selepas f il mutsbat. Kedua-
duanya sepatutnya memberi erti khusus kalau mengikut qaedah 59 yang sedang kita
bincangkan sekarang. Sebabnya ialah ia terletak selepas f il mutsbat. Tetapi kedua-
duanya di sini tidak memberi erti khusus kerana ia terletak di dalam ayat yang
menyatakan ni'mat Allah.
Allah, Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira, ini adalah
117

Tiada ulasan:

Catat Ulasan