Halaman

Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0118)

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0118)

satu bentuk pernyataan ni'mat kurniaanNya kepada manusia. Maka بشرا(berita
gembira) tidak lagi memberi erti khusus, sebaliknya ia memberi erti umum.
Maksudnya ialah bukan angin khusus di zaman dan di tempat tertentu sahaja di hantar
Allah sebagai berita ganbira kepada penduduknya, bahkan kepada penduduk-penduduk di termpat-tempat dan di masa-masa lain juga angin yang dihantar Allah
merupakan berita gernbira.
Dernikian juga dengan perkataan ماة selepas itu, ia sepatutnya tidak memberi erti
umum, kerana ia terletak selepas f il mutsbat. Tetapi di sini ia memberi erti umum.
Sebabnya ialah ia terletak dalam ayat yang menyatakan ni'mat. Allah menyebutkan
Dia menurunkan air dari langit itu sebagai mengungkit ni'matNya. 
Maksudnya ialah
semua air yang diturunkan olehNya dari langit adalah bersih lagi suci dan
menyucikan
Contoh isim nakirah yang terletak selepas f il mutsbat tetapi
menghendaki ma'na umum ialah:
(l)
 عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّاۤ أَحۡضَرَتۡ


14. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal
yang telah dibawanya. 
(at-Takwir:l 4).

.2 عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ

5. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah
dikerja akan dan ditinggalkannya. (al-Infi thar: 5 ).

Di dalam kedua ayat di atas terdapat perkataan نفسyang merupakan isim nakirah.
Isim nakirah itu pula berada di halaman itsbat atau dengan kata lain ia terletak selepas
f il mutsbat.
 Maka sepatutnya kalau mengikut qaedah 59 ia memberi erti khusus.Tetapi di sini ia memberi erti umum kerana siyaq ayatnya menghendaki begitu.
Memandangkan ayat-ayat sebelumnya yang bercerita tentang hari kiamat,
" 118

Tiada ulasan:

Catat Ulasan