Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0122)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0122)

hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan
kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya). 
(al-An' aam : 152)

Bahagian yang bergaris di dalam ayat di atas sahaja yang berkenaan. Allah melarang
anda daripada mendekatiharta anak yatim dengan carayang tidak baik. Memakannya
dengan cara yang salah lebih-lebih lagilah terlarang, mendekatinya dengan cara yang
tidak baik saja pun sudah dilarang dan ia sudah merupakan satu kesalahan dan dosa,
apatah lagi memakannya. Allah hanya membenarkan anda mendekati harta anak
yatim dengan cara yang baik sahaja.

(3)
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا یَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَاۤ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَاۤ أُفٍّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلًا كَرِیمًا

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Oh" dan janganlah engkau membentak mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). 
(a1-
Israa':23).

Maksud sebenar Allah melarang seseorang anak daripada berkata "Oh" kepada kedua
ibu bapa atau salah seorang dari keduanya ialah melarangnya daripada menyakiti
mereka. ooOh" sahaja pun sudah dilarang, apalagi kalau dikatakan o'babi" atau "anjing"
dan sebagainya kepada mereka. Lebih-lebih lagilah terlarang dan haram jika mereka
dipukul atau didera.
Menurut qaedah ke-60 yang sedang dibincangkan sekarang, melarang mengatakan
"oh" sahaja kepada ibu atau bapa lebih mendalam lagi erti larangan dan haramnya
berbanding melarang terus daripada memukulnya. Ini kerana ia menyatakan lapisan-
lapisan larangan dan perkara-perkara yang diharamkan, daripada yang paling rendah
kepada yang lebih tinggi. Menyakiti ibu atau bapa dengan menyumpah, menyeranah
dan memukul mereka tentulah lebih-lebih lagi terlarang dan tinggi level

122

Tiada ulasan:

Catat Ulasan