Ahad, Julai 05, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(095)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(095)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ

(d) Orang-orang Islam dilarang daripada bersikap seperti orang-orang Yahudi yang mendengar perintah tetapi tidak mahu menurutnya. (Ayat:21)
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ قَالُوا سَمِعْنَا وَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ


(e) Orang-orang yang mendengar seruan agama tetapi buat-buat tak dengar diumpamakan dengan makhluk yang paling jelik iaitu makhluk yang tidak berakal, tuli dan bisu. (Ayat: 22)
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

(f) Umat Islam hanya akan digeruni dan ditakuti pihak musuh dan akan mendapat pertolongan Allah jika mereka taat dan patuh, bersabar dan beristiqamah selain berdisiplin. (Ayat: 46)
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ 
إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

6. Di dalam ayat ke-25 Surah al-Anfaal terdapat keterangan tentang falsafah kemasyarakatan Islam,jihad adalah suatu keperluan untuk menghapuskan fitnah dan kerosakan di muka bumi. Sesetengah fitnah begitu umum sehingga akibatnya tidak sahaja diterima oleh orang-orang yang zalim tetapi juga oleh orang-orang yang tidak menentang kezaliman. Akibat jenayah yang dilakukan oleh pemimpin yang zalim juga diterima oleh rakyat biasa. Allah berfirman. (Ayat: 25)
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


7. Orang-orang Islam diperintah supaya mengelak diri daripada sifat khianat. Mereka bahkan diperintah supaya tidak berkhianat walaupun terhadap musuh.
(a) Orang-orang Islam dilarang daripada mengkhianati Allah dan RasulNya juga mengkhianati amanah-amanah yang diserahkan kepada mereka. (Ayat:27)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

(b) Berhubung dengan polisi luar negara Islam diperjelaskan bahawa negara Islam akan bertindak selayaknya terhadap kaum yang berkhianat dan tidak jujur. Dalam keadaan mereka membatalkan janji atau memungkiri janji, perjanjian boleh dibatalkan. (Ayat: 58)
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَا


8. Perkataan  فِتْنَةٌ  yang digunakan di dalam Surah al-Anfaal sangat besar ertinya, tiga ayat perlu direnungi untuk menghayati ertinya.

95

Tiada ulasan:

Catat Ulasan