Ahad, Julai 05, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(096)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(08)(s2)nota5(096)

(a) Jihad ibarat pembedahan yang mesti dilakukan terhadap anggota badan manusia, jihad merupakan rahmat kepada kemanusiaan, sebagaimana dalam keadaan-keadaan tertentu untuk menyelamatkan nyawa manusia, pembedahan tidak dapat tidak mesti dilakukan, begitulah juga kehidupan bangsa dan umat, kadang-kadang kehidupan mereka perlukan jihad, jika tidak bumi
ini akan dipenuhi fitnah dan kerosakan yang besar. Dengan berjihad, kanser berupa fitnah dan kerosakan yang boleh membahayakan tubuh bangsa dapat dihilangkan. (Ayat:73)
إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ

(b) Jihad perlu diteruskan sehingga fitnah betul-betul tercabut sampai ke akar umbinya dan yang berdaulat di dunia ini hanyalah agama Allah. (Ayat: 39)
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ۚ

(c) Di medan perang, yang paling perlu diutamakan ialah tujuan jihad, jika kasih sayang kepada harta dan anak pinak melebihi kasih sayang kepada agama Allah dan matlamat sebenar jihad, maka seseorang itu masih boleh terperangkap dalam fitnah. (Ayat: 28)
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

96

Tiada ulasan:

Catat Ulasan