Halaman

Ahad, September 20, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 09(19)nota8(163).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(19)nota8(163).

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Gaya bahasa yanf aneh dan luar biasa digunakan di dalam Surah Maryam sebagai dalil-dalil kebenaran ajaran tauhid.
Perkataan بُرهان atau آيه  tidak digunakan di dalam Surah Maryam untuk membuktikan kebenaran ajaran tauhid, ia sebaliknya menggunakan gayabahasa yang aneh dan tidak biasa seperti ذِكْرُ رَحْمَتِ  dan وَٱذْكُرْ فِى

 (Ayat:2)
ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُۥ زَكَرِيَّآ 
(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya, Zakaria,

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَرْيَمَ إِذِ ٱنتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَانًا شَرْقِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Maryam di dalam Kitab (Al-Qur'an), (yaitu) ketika dia mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur (Baitulmaqdis),(Ayat: 16)


وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِبْرَٰهِيمَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Kitab (Al-Qur'an), sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan, seorang Nabi.(Ayat:41)


وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ مُوسَىٰٓۚ إِنَّهُۥ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad), kisah Musa di dalam Kitab (Al-Qur'an). Dia benar-benar orang yang terpilih, seorang rasul dan nabi.(Ayat:51)


وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِسْمَٰعِيلَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صَادِقَ ٱلْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad), kisah Ismail di dalam Kitab (Al-Qur'an). Dia benar-benar seorang yang benar janjinya, seorang rasul dan nabi.(Ayat:54)

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِدْرِيسَۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا 
Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Idris di dalam Kitab (Al-Qur'an). Sesungguhnya dia seorang yang sangat mencintai kebenaran dan seorang nabi,(Ayat:56)

Semua mereka yang tersebut di dalamnya adalah pendokong-pendokong ajaran tauhid. Maka itu merupakan bukti kebenarannya.

2. Punca sebenar kesyirikan orang-orang musyrikin Mekah.
Ketika menjelaskan tentang sebab-sebab kesyirikan orang-orang musyrikin Mekah yang menjadikan مِنْ دُوْنِ الله
sebagai tuhan mereka, surah ini mendedahkan bahawa tuhan-tuhan selain Allah itu pada anggapan mereka kuat, perkasa dan mempunyai iradat (kehendak). Untuk mendapat pertolongan dan bantuan daripada merekalah orang-orang kafir Quraisy menyembahnya (Ayat 81).

وَٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ ءَالِهَةً لِّيَكُونُوا۟ لَهُمْ عِزًّا 
Dan mereka telah memilih tuhan-tuhan selain Allah, agar tuhan-tuhan itu menjadi pelindung bagi mereka.

3. Di dalam Surah Maryam, satu dalil aqli dikemukakan dalam bentuk pertanyaan bahawa tuhan yang

163

Tiada ulasan:

Catat Ulasan