Halaman

Ahad, September 20, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0042

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0042

قعادة 42 اَلتَّفْسِيْرُ بَعْدَ الْإِبْهَامِ يَدُلُّ عَلَى التَّهْوِيْلِ وَالتَّعْظِيْمِ

Penjelasan yang diberikan selepas menyebut sesuatu Perkara secara samar-samar dan tidak jelas
menunjukkan kedahsyatan dan kehebatannya.

Contohnya ialah firman Allah berikut:
At-Takathur 102:3
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ 
At-Takathur 102:4
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ 
At-Takathur 102:5
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ 
At-Takathur 102:6
لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ 

Maksudnya: 
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak!(3) 
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak! (4) 
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).(5)
(Ingatlah) Demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.(6). 
(at-Takatsur:3-6).

Sebagaimana dapat disaksikan, ma'mul bagi كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ tiada. Ia dibuang untuk menimbulkan keadaan saspens. Ma'mul bagi كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ  juga tiada. Ia juga
dibuang untuk tujuan yang sama. Akhir sekali barulah dikemukakan   لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ sebagai penjelas kepada apa yang dibuang dan telah menimbulkan keadaan saspens
itu. Ia rupa-rupanya, "Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang"! Tujuan ia disembunyikan dan baru kemudian disebutkan adalah untuk menunjukkan kehebatan dan kedahsyatan api neraka yang sedang menanti manusia yang lalai daripada azab hari akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan