Halaman

Isnin, September 21, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms074

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms074

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 12
22 Sept 13.


Misykatul masabiih 74

berkhutbah hajah dengan lafaz yang sama diguna oleh orang ditegur Baginda s.a.w. itu, daripada segi penggunaan dhamir tatsniah (ganti nanti yang menunjukkan dua) yang mengumpulkan Allah dan rasulNya. 
Lihat teksnya ini: 
مَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَإِنَّهُ لَا يَضُرُّ إِلَّا نَفْسَهُ وَلَا يَضُرُّ اللَّهَ شَيْئًا 
Bermaksud: "Sesiapa taat kepada Allah dan rasulNya. dia telah mendapat petunjuk. Dan sesiapa yang derhaka kepada kedua-duanya, dia tidak kecuali dirinya sendiri. Dia tidak memudharatkan Allah sedikit pun." 
(Abu Daud, al-Baihaqi dan at-Thabaraani). 

Demikian juga dengan hadits Anas di atas yang sedang dibincangkan sekarang. Ia memang sengaja disabdakan oleh Baginda s.a.w. dalam bentuk ringkas seperti itu dengan mengumpulkan Allah dan rasul dalam satu dhamir tatsniah, supaya mudah dihafal dan diingati umat. 

(2) Hadits yang melarang penggunaan dhamir tatsniah yang mengumpulkan Allah dan rasul, Iebih patut diutamakan daripada hadits yang zahirnya menampakkan keharusan penggunaannya kerana beberapa alasan qaedah berikut: 

(a) Kerana hadits yang melarang merupakan sunnah qauliyyah. Sedangkan hadits yang dianggap sebagai mengharuskannya pula hanya berupa sunnah fi'liyyah. Sunnah fi'liyyah dalam hal ini berkemungkinan besar mempunyai latar belakangnya yang tersendiri. 
( واقعة حال لا عموم لها)

(b) Dalam kes pertentangan berlaku di antara riwayat yang melarang (مانع) dan yang mengharuskan (مجيز), pada umumnya riwayat yang melaranglah ditarjihkan. 

(c) Hadits yang melarang penggunaan dhamir tatsniah yang mengumpulkan Allah dan rasul merupakan ناقل عن الأصل (dalil yang memindahkan sesuatu daripada hukum asalnya). 
Hadits yang zahirnya membenarkan pula adalah   باق على الأصل(dalil tentang kekalnya sesuatu atas hukum asalnya).

Menurut qaedah Usul, segala benda atau perkara asalnya hendaklah dianggap harus terlebih dahulu. Kecuali ada dalil yang mengharamkan, barulah ia dianggap terlarang atau haram. 

Dalam kes ini, hadits-hadits yang zahirnya mengharuskan itulah yang dikira asal.

Sementara hadits-hadits yang melarang pula dianggap sebagai  ناقل عن الأصل (dalil yang memindahkan sesuatu daripada hukum asalnya). 

Apabila berlaku pertentangan di antara باق على الأصل(dalil tentang kekalnya sesuatu atas hukum asalnya) 
dan ناقل عن الأصل(dalil yang memindahkan sesuatu daripada hukum asalnya), perlulah diutamakan  ناقل عن الأصل daripada  باق على الأصل .
Antara bukti yang menyokong qaedah ini ialah riwayat- riwayat yang merupakan  ناقل عن الأصل itu sedang mengemukakan satu qaedah kulliyyah. Sedangkan qaedah kulliyyah seperti itu tidak dapat diambil daripada riwayat-riwayat yang merupakan باق على الأصل

(3) Perbuatan mengumpulkan Allah dan rasul dalam satu dhamir tatsniah merupakan khususiyah Nabi saw.Ia hanya dibenarkan kepada Rasulullah s.a.w. Orang-orang lain tidak dibenarkan menggunanya. Itulah sebabnya Baginda s.a.w. melarang orang menggunanya. Alasan kenapa orang-orang lain selain Rasulullah s.a.w. tidak dibenarkan menggunanya ialah kerana penggunaan seperti itu boleh mengelirukan sesetengah orang tentang kesamaan kedudukan Allah dan rasulNya. Secara tidak langsung ia boleh mengheret mereka ke kancah kesyirikan. Adapun Rasuluilah s.a.w. maka baginda daripada terpelihara dalam soal ini.
 
74


Tiada ulasan:

Catat Ulasan