Ahad, September 27, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms080

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms080

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 13
05 okt-13


Misykatul masabiih 80.
Muhamad, tiada siapapun boleh selamat daripada  api neraka. Jesteru kebangkitan Muhammad memansukhkan semua syariat sebelumnya. la membatalkan semua agama yang dianuti manusia tidak kira sama ada ia agama langit ataupun agama bumi. Satu-satunya agama yang sah dan menjamin keselamatan manusia selepas kebangkitan Muhammad adalah  agama Islam yang dibawa Muhammad s av. agama Allah yang terakhir dan paling Iengkap untuk dljadikan panduan oleh manusia dalam kehidupannya.
 
(3) Penolakan orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap Nabi Muhammad sa.w sebagai Nabi akhir zaman merupakan kekufuran yang paling jelik. Lantaran mereka telah pun mengetahui nama dan sifat-sifatnya melalui kitab Taurat dan Injil; يجدونه مكتوبا عند هم في التوراة والإنجيل
(yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka). 
(al-A' raaf, 157). 

Selain itu mereka juga benar-benar mengenalinya seperti mengenali anak-anak sendiri;

Al-Baqarah 2:146
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يَعْرِفُونَهُۥ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَآءَهُمْۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ ٱلْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

Maksudnya, orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) Mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak sendiri dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu padahal mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (al-Baqarah:146). 

Maka hadits di atas merupakan ancaman berat terhadap mereka. Antara pengajaran dan pedoman yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Keharusan bersumpah untuk menguatkan sesuatu keterangan atau kenyataan. 
(2) Allah mempunyai tangan yang layak denganNya yang tidak menyerupai mana-mana makhluqNya. 
(3) Kebenaran pendapat solongan yang mengatakan umat nabi Muhammad s.a.w. itu terbahagi kepada dua bahagian: (a) أمة الإجابه(Umat yang menyahut seruan Rasulullah s.a. w. iaitu umat Islam). 
(b) أمة الدعوة iaitu sekalian manusia yang hidup selepas kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ummat di dalam hadits di atas telah dipakai dengan erti أمة الدوة

(4) Dengan kebangkitan Nabi Muhammad s.aw. sebagai rasul terakhir semua syari'at para nabi yang datang sebelumnya terbatal dan dimansukhkan.

(5) Tidak termasuk dalam ancaman hadits ini orang-orang yang tidak sampai kepadanya seruan Nabi s.a.w. 

(6) Agama Islanl yang dibawa oleh Nabi kata Muhanunad s.a.w. merupakan satu-satunya jalan keselamatan untuk manusia seluruhnya manusia tidak akan selamat melainkan dengan memeluk dan menganut agama Islam. 

(7) Antara manusia yang pasti akan menjadi ahli neraka ialah orang yang mati dalam keadaan tidak percaya kepada kerasulan nabi Muhammad s.a.w. Tidak kira apa latar belakangnya, sama ada ia Yahudi ataupun Nasrani, penyembah berhala atau ateis dan lain-lain.


⁹⁶  Muslim sahaja di antara pengarang-pengarang enam kitab hadits utama Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah meriwayatkan hadits ini. Antara tokoh hadits lain yang turut meriwayatkannya ialah Ahmad, Sa'id bin Manshur, Abu 'Awaanah, at-AThabaraani, Ibnu Mandah, al-Bazzaar dan Abdur Razmaq.

80


Tiada ulasan:

Catat Ulasan