Tafsir asas quran nota 6(086).
Bermaksud: Dan mereka akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya
ra adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya"(Yunus:53).
Untuk meringkaskan ayat dan kerana perbuatan sumpah yang jelas, kadang-kadang perkataan sumpah dengan haraf jarnya dibuangkan terus. Yang tersebut hanyalah jawab
sumpahnya sahaja. Misalnya firman Allah berikut:
Al-Ahzab 33:21
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab:21).
Apa yang seharusnya ditaqdirkan sebelum لقد كان لكم di dalam ayat di atas ialah والله (Demi Allah). Di situ أداة قسم dan مقسم عليه , kedua-dua sekali dibuang untuk meringkaskan ayat.
Yang ditinggalkan hanyalah مقسم عليه atau jawab sumpah sahaja. Kadang-kadang pula dibuangkan jawab sumpah untuk meringkaskan ayat, kerana ia dikira sebagai sesuatu yang maklum. Yang ada hanyalah perkataan sumpah. Menurut sesetengah ulama, qaedah inilah yang berlaku pada firman Allah berikut:
Sad 38:1
صٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ
Bermaksud: Shaad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta menganelungi peringatan dan pengajaran" (.Shaad: 1).
Di dalam ayat ini أداة قسم dan مقسم به disebutkan, tetapi jawab qasamnya tidak. Taqdirnya ialah لأعذبنهم على كفرهم (pasti akan Ku azab mereka kerana kekufuran mereka).
Kadang-kadang pula ayat jawab sumpah tidak dibuang sepenuhnya. Yang dibuang daripadanya hanyalah perkataan-perkataan ل dan قد. Contohnya dapat dilihat pada jawab sumpah bagi sumpah-sumpah yang diangkat Allah di permulaan Surah al-Buruj. Setelah
86
Tiada ulasan:
Catat Ulasan