Tafsir asas quran nota 6(088).
Menurut az-Zamakhsyari, perbezaan antara ت dan ب qasam ialah ب merupakan haraf qasam yang asal. Sedangkan ت hanya merupakan ganti kepada haraf ب sebabnya ب dianggap sebagai haraf qasam yang asal ialah kerana penggunaannya paling luas berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Tetapi ت mempunyai kelebihan yang lain,
kerana ia kadang-kadang mengandungi ma'na ta'ajjub (kagum)"
Bahagian-Bahagian Ayat Qasam.
Perkataan sumpah sebenarnya adalah أقسم atau أحلف yang muta'addi dengan ب kepada perkataan مقسم به .Selepasnya barulah dibawakan مقسم عليه yang juga dipanggil jawab sumpah atau جواب القسم.Semua yang tersebut ini dapat anda lihat pada firman Allah
An-Nahl 16:38
وَأَقْسَمُوا۟ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْۙ لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ
Bermaksud: Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil
berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati... (an-Nahl:38)"
Jadi secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa ayat qasam itu terbahagi kepada tiga'
( 1)perkataan fiil yang muta'addi dengan ب kepada'muqsam bihi' untuk menunjukkan erti qasam.
(2) Perkataan yang dijadikan 'muqsam bihi'"
(3) 'Muqsam 'alaih' atau jawab qasam. Ia merupakan sesuatu yang dilakukan sumpah kerananya" .
Di dalam ayat di atas sebagai contohnya, perkataan أقسموا yang mut'addi denga ب kepada perkataan Allah itu adalah fiil qasam dan ayat لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُۚ adalah 'Muqsam alaih ' atau jawab qasam.
Firman Allah ini mengumpulkan dengan jelas semua batragian ayat qasam'.
Oleh kerana qasam (sumpah) selalu digunakan oleh orang-orang 'Arab dalam bahasa percakapan mereka, diringkaskanlah ayatnya dengan membuangkan perkataan fi'il dan dikekatkan ب sahaja sebagai gantinya. Jika 'muqsam bihi'nya isim zahir , ditukarlah ب
dengan و sebagai haraf qasam. Keadaan ini dapat dilihat umpamanya pada firman Allah berikut
88
Tiada ulasan:
Catat Ulasan