Halaman

Khamis, Oktober 29, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(206)

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(206)

Beberapa perkara di bawah ini dapat difahami daripada pengulangan perkataan رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ itu:

(a) Sekalian nabi dan rasul mula-mula sekali akan menarik perhatian pengikut-pengikut mereka kepada tauhid rububiyyah, daripada tauhid rububiyyah itulah mereka akan menemui tauhid uluhiyyah.

(b) Orang-orang musyrikin Mekah menerima tauhid rububiyyah tetapi mereka selain melakukan syirik
dalam ibadat, melakukan juga syirik dalam berhakimkan kepada selain Allah.

4. Di dalam Surah as-Syu'ara' juga setelah mengemukakan kisah-kisah benar 9 orang rasul. sebanyak 9 kali diulangi ayat tarji' ini. iaitu:

Ash-Shu'ara' 26:67
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ 
Sungguh, pada yang demikian itu terdapat suatu tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

(Ayat: 9,68, 104,122, l4O, 159,175,191,217).

Daripada ayat-ayat tarji' ini dapat difahami beberapa perkara berikut:
(a) Pada kisah benar 9 orang nabi itu terdapat آية maksudnya ialah tanda kekuasaan Allah, tanda ada
pembalasan baik dan buruk dan Allah membinasakan kaum yang derhaka kepada rasul-rasulNya, pengikut-pengikut dan pembela-pembela rasul-rasulNya pula diselamatkan.

(b) Daripada firman Allah   وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ difahami bahawa manusia-manusia yang keras hatinya
tidak akan mendapat pengajaran daripada kisah-kisah benar yang terdapat di dalam sejarah, kerana itu mereka tidak beriman.

5. Hikmat penggunaan dua sifat Allah   العِزِيز dan الرَحِيمdi dalam Surah as-Syu'ara'.

Di dalam Surah as-Syu'ara' setelah mengemukakan kisah benar para rasul sebanyak 8 kali, dikemukakan ayat berikut sebagai ayat tarji':

Ash-Shu'ara' 26:9
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ 
Dan sungguh, Tuhanmu Dialah Yang Mahaperkasa, Maha Penyayang.

(Ayat: 9,68, 104, 122, 140, 159, I75, 191). Sifat,.511 ;-.;Jljuga tersebut dalam ayat2I7. Beberapa perkara berikut dapat disimpulkan daripada ayat tarji' ini.

(a) ربّ (tuhan) bersifat عِزِيز; terhadap orang-orang kafir, terhadap orang-orang mu'min pula Dia bersifatرَحِيم

(b) Setiap orang nabi memperkenalkan Allah melalui sifat-sifatNya.

(c) Daripada sejarah kebinasaan setiap bangsa, terdapat bukti bahawa .ربّ(tuhan) sentiasa memerhati manusia, Dia sentiasa melihat siapakah manusia yang bersyukur dan siapakah pula manusia yang kufur (tidak bersyukur).

(d) Daripada sejarah kebinasaan setiap kaum, terbukti bahawa .ربّ adalah عَزِيز(Maha perkasa) terhadap
orang-orang yafig tidak bersyukur dan perosak-perosak masyarakat, Dia menghukum mereka di dunia

206

Tiada ulasan:

Catat Ulasan