Misykatul masabiih hadis 005syarahan
٥-وَعَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونِ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ - متفق عليه
5- Anas r.a.⁸⁰ meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak beriman seseorang daripada kamu⁸¹ selagi aku tidak lebih dicintainya daripada ayah dan anaknya ⁸² dan manusia sekaliannya."⁸³ (Bukhari-Muslim)⁸⁴
___________________________________________________________
⁸⁰ Nama dan salasilah keturunan beliau secara lengkap adalah seperti berikut: Anas bin Malik bin an-Nadhr bin Dhamdham bin Zaid bin Haram bin Jundab bin SAamir bin Ghunm al-Anshaari alKhazraji an-Najjaari r.a. Anas bin Malik terkenal sebagai khadam Rasulullah s.a.w. Ibu beliau,
Ummu Sulaim menyerahkan beliau kepada raslullah s.a.w. untuk menjadi khadam kepada Baginda s.a.w. ketika beliau berumur sepuluh tahun. Anas telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun juga. Inilah yang tersebut dalam kebanyakan riwayat. Tetapi bagi penulis, riwayat ini tidak akan dapat bertahan di hadapan kenyataan bahawa Anas termasuk dalam salah seorang sahabat yang telah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud berdasarkan riwayat Imam Bukhari di dalam Sahihnya. Perang Badar telah berlaku pada tahun kedua hijrah. Perang Uhud pula berlaku pada tahun ketiga hijrah. Pada tahun kedua hijrah, umur Anas kiranya baru sebelas tahun, mengambil kira riwayat kebanyakan itu. Pada tahun ketiga pula beliau baru berumur dua belas tahun. Bagaimana pula budak yang baru berumur sebelas dan dua belas tahun
dibenarkan oleh Rasulullah menyertai perang? Sedangkan lbnu 'Umar yang telab berumur empat belas tahun tidak dibenar oleh Rasullah saw menyertai perang Uhud?
Maka fakta sebenar bagi penulis ialah Ummu Sulaim menyerahkan Anas kepada Rasulullah s.a.w. untuk berkhidmat Baginda s.a.w. paling tidak pun umur beliau pada ketika itu empat belas tahun.Anas terbilang sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadits. Sebanyak satu ribu dua ratus lapan puluh enam (1,286) hadits telah diriwayatkan daripada beliau. Satu ratus enam puluh lapan (168) daripadanya telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Musiim. Imam Bukhari sahaja tanpa Muslim, meriwayatkan hadits beliau sebanyak lapan puluh tiga (83) hadits. Imam Musiim sahaja pula tanpa Bukhari telah meriwayatkan daripadanya sebanyak tujuh puluh satu
(71) hadits. Ummu Sulaim r.a. telah meminta Rasulullah s.a.w. agar mendoakan kebaikan untuk anaknya. Maka Baginda s.a.w. mendoakan agar Anas diberkati pada harta benda, anak-pinak dan umumya. Dengan berkat doa Rasulullah s.a.w. itu umur Anas melebihi seratus tahun. Kebun beliau berbuah dua kali setahun. Anak-pinak beliau pula sangat ramai. Ketika Hajjaaj datang ke Bashrah sebagai Gabenor di sana, seramai hampir seratus orang anak cucu bcliau telah meninggal dunia. Anas meninggal dunia pada tahun 93H ketika berumur lebih seratus Beliaulah sahabat yang terakhir meninggal dunia di Bashrah. Jenazah beliau dikebumikan dalam kawasan perumahan di Bashrah.
⁸¹ Maksud tidak beriman seseorang daripada kamu di sini ialah tidak sempurna iman seseorang daripada .Sama seperti kata orang-orang 'Arab: فلان ليس بإنسان(si fulan bukan manusia), padahal maksudnya ialah si fulan bukan manusia yang sempurna. Penggunaan ayat-ayat seperti ini adalah termasuk di bawah qaedah ilmu Balaghah yang berbunyi:
تنزيل الناقص منزلة العدم
Mengira sesuatu yang kurang sebagai tiada.
⁸² Didahulukan ayah daripada anak di sini kerana sebab-sebab berikut:
(1) Wujud ayah lebih dahulu daripada anak.
(2) Setiap orang mesti mempunyai ayah. Tetapi tidak mesti setiap orang mempunyai anak
(3) Ayah lebih perlu dihormati daripada anak.
Kenapa Rasulullah s.a.w. menyebutkan ayah sahaja di dalam hadits ini, tidak disebutnya langsung ibu? Ada dua jawapannya.
(1) Perkataan والد di dalam hadits ini dipakai dengan
erti من له الولد (orang yang mempunyai anak)). Maka ibu juga termasuklah dalam ma'na yang umum ini.
(2) Memang perkataan والد bererti bapa.
Tidak disebutkan ibu kerana sudah tentu sesaorang itu mempunyai bapa dan ibu.
Dalam keadaan ini menyebutkan satu daripadanya dikira sudah memadai. Di dalam al-Qur'anjuga terdapat gaya bahasa seperti ini. Antara contohnya ialah ayat di bawah ini:
An-Nahl 16:81
وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَٰبِيلَ تَقِيكُمُ ٱلْحَرَّ وَسَرَٰبِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْۚ
Bermaksud: dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan... (an-Nahl:81).
Di dalam ayat ini Allah s.w.t. hanya menyebutkan pakaian yang memelihara manusia dari panas sahaja. Padahal pakaian itu dapat memelihara juga manusia daripada kesejukan. Tidak kerana Iain melainkan kerana dikira sudah memadai dengan menyebut satu daripada dua yang berlawanan itu.
(3) Rasulullah menyebut ayah di dalam hadits ini hanya sebagai contoh sahaja. Ia tidak menafikan orang-orang Iain juga boleh termasuk dalam apa yang disabdakan Baginda itu, terutamanya apabila dilihat perkataan والناس أجمعين . Sudah tentulah ibu juga termasuk dalam ma'na perkataan atau manusia itu. Di dalam sesetengah riwayat hadits ini, Rasulullah s.a.w. mula-mula sekali menyebut perkataan نفسه (dirinya sendiri) sebelum yang Iain-lain. Tetapi di dalam riwayat ini pula perkataan نفسه itu tiada. Ketiadaan perkataan نفسه di dalam hadits ini juga tidak sepatutnya menimbulkan masalah. Kerana diri sendiri juga boleh termasuk dalam ma' na perkataan الناس atau manusia itu.
Seolah-olahnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
لا يؤمن أحدكم حتى أكوون أحب اليه من جميع أعزته
(Tidak beriman seseorang daripada kamu selagi aku tidak lebih dicintainya daripada semua kesayangannya).
⁸³ Para ulama' hadits membahagikan cinta kepada empat jenis. Pertama: cinta atas dorongan naluri atau tabi'at semula jadi (الحب الطبعي).
Kedua: Cinta atas dorongan aqal (الحب العقلي).
Ketiga:Cinta atas dorongan iman, agama dan syariat الحب الإيماتي والحب الشرعي.
Keempat: Cinta atas dorongan isyq (الحب العشقي)
Cinta atas dorongan naluri atau tabiîat semula jadi ialah seperti kasih seseorang terhadap diri sendiri, ibu bapa, anak pinak atau sesuatu yang disayangi tanpa ada sebarang alasan logik, ketentuan agama dan adat resam. Cinta ini tetap ada walaupun pada binatang yang tidak beraqal. Ia merupakan perasaan manusia yang di luar batas ikhtiarnya.
Cinta atas dorongan 'aqal ialah Cinta yang beralaskan logik dan perhitungan untung rugi atau baik buruknya sesuatu yang dihadapi. Menurut tabi'at semula jadi manusia, tidak ada siapa pun suka ibu jari kakinya dipotong. Tetapi dalam keadaan sedar jika ibu jari kaki dipotong selesailah masalah dan jika ibu jari kaki tidak dipotong pula penyakit akan terus merebak ke anggotaanggota yang lain. Pada ketika itu bukan ibu jari kaki sahaja yang perlu dipotong, tetapi mungkin sampai ke bahagian atas paha. Pesakit bijak yang menghadapi situasi ini tentu akan memilih ibu jari kakinya saja dipotong. Ubat yang pahit tidak disukai semua pesakit. Namun begitu pesakit tetap meneguknya lantaran sedar ia dapat menghilangkan kesakitan yang ditanggungnya. Contoh-contoh ini menunjukkan Cinta atas dorongan 'aqal sering kali dapat mengatasi Cinta atas dorongan naluri. Cinta ini termasuk dalam batas ikhtiar manusia.
Cinta atas dorongan iman, agama dan syarițat ialah pilihan hati manusia untuk mengikuti segala tuntutan iman dan agama, walaupun ia tidak sesuai dengan kehendak nafsu dan tabiîat asal kejadiannya. Apa-apa tindakan yang dibuat atas dorongan Cinta ini tentunya tanpa perhitungan untung rugi atau baik buruknya menurut kaca mata keduniaan. Lihatlah kepada seorang tua yang terketar-ketar bangun di waktu subuh di negeri yang sangat sejuk, lalu berwudhu' dengan air dingin yang menyucuk sampai ke tulang hitam dan bersembahyang dengan penuh khusyuî , pada ketika orang-orang yang tidak beragama nyenyak tidur dengan berselimut litup. Apakah keuntungan dan kebaikan duniawi yang mendorongnya bersusah payah sedemikian rupa? Tidak ada apa-apa. Apakah kerugian dan keburukan duniawi yang dibimbangi akan menimpa dirinya jika tidak bersembahyang subuh? Ya, tidak ada apa-apa juga kalau di lihat dari sudut pandangan keduniaan. Contoh ini menampakkan betapa Cinta atas dorongan iman dan agama itu mengatasi dua jenis Cinta yang tersebut sebelumnya. Cinta ini juga termasuk dalam batas ikhtiar manusia. Cinta atas dorongan isyq pula merupakan puncak Cinta atas dorôngan iman dan agama. Apabila ajaran agama dilakukan satu per satu tanpa mengambil kira akibatnya, sama ada ia membawa keuntungan dan kebaikan duniawi atau tidak. Perintah dan larangan Allah pula tidak dituruti kerana mengharapkan syurga dan takutkan nerakaNya, malah ia dituruti semata-mata kerana datangnya dari Allah dan RasulNya. Orang mu'min yang berada pada maqam ini hanya mengambil kira redha (perkenan) Allah dan RasulNya semata-mata, walaupun untuk mendapatkannya ia terpaksa tersisih atau disisihkan. Berada jauh dari kekasih dan tidak dapat berhadapan muka dengannya, meskipun terasa amat berat dan sangat-sangat menekan batin, tetapi jika itulah kehendaknya dan jika di situlah terletak redhanya, ia juga akan diterima dengan senang hati. Keadaannya benar-benar seperti kata penyair أريد وصةله ويريدُ هَجْري فاترك ما أريدُ لما يريدُ
Bermaksud: ”Aku mahu bertemu dengannya. Dia pula mahu berpisah denganku. Maka ku tinggalkan kehendakku demi kehendaknya.” Kemahuan dan kehendak orang yang berada pada maqam ini sebenarnya telah lebur dalam kemahuan dan kehendak kekasihnya. Anda dapat melihat contoh Cinta atas dorongan isyq ini pada kisah Wahsyi yang telah membunuh bapa saudara Nabi s.a.w, Hamzah. Wahsyi akhirnya memeluk agama Islam ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup. Rasulullah s.a.w. tidak dapat melihat Wahsyi kerana terkenangkan Hamzah yang dibunuhnya. Lihat apa kata Rasulullah s.a.w, kepadanya dan apa pula reaksinya:
وَيْحَكِ غَيِّبْ عَنِّ وَجْحًك فَلَا أَرَيْنَكَ قالَ فَكُنْت أَتْنًكًبُ رسول اللهُ صلى الله عليه وسلم كَان لِنَلَا يَرَانِي حَتِّى قَبَضْهُ الله صلى الله عليه وسلم
Bermaksud: Ah! Tolong jangan tunjukkan mukamu kepadaku. Aku tidak dapat melihatmu. Kata Wahsyi: ”Kerana itu aku sentiasa mengelak diri daripada Rasulullah s.a.w. di mana saja Baginda berada, supaya aku tidak kelihatan kepadanya sampai Baginda s.a.w. meninggal dunia.”
(Lihat Sunan Baihaqi, Musnad Abu Daud at-Thayaalisi, Usdu al-Ghaabah, Siyaru Aț laami an-Nubalaa' dan lain-lain).
Walaupun Wahsyi hendak sangat berhadapan muka dengan Rasulullah s.a.w, tetapi oleh kerana Rasulullah s.a.w. tidak dapat melihatnya, beliau redha saja dengan keputusan Baginda s.a.w. itu.
Walaupun Wahsyi ingin sekali berada di samping Rasulullah s.a.w. seperti orang-orang Iain, tetapi bukan itu pula yang diingini Baginda. Maka beliau sentiasa menyisih diri daripada Baginda dan berpada dengan memandang Baginda dari jauh saja. Cinta atas dorongan isyq ini juga termasuk dalam batas ikhtiar manusia. Para ulama' hadits berbeza pendapat tentang Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas. Adakah ia Cinta atas dorongan naluri atau atas dorongan 'aqal? Mereka terbahagi kepada dua kumpulan dalam soal ini.
Pertamanya ialah golongan yang berpendapat Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah di dalam hadits di atas ialah Cinta atas dorongan naluri, malah lebih tinggi lagi daripadanya. Kata mereka hadits Anas itu menceritakan tentang kesempurnaan iman bukan tentang kewujudan iman. Iman seseorang baru akan sempurna apabila ia kasih kepada Rasulullah s.a.w, melebihi kasihnya kepada ayah dan anaknya. Malah kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. itu hendaklah melebihi kasihnya kepada manusia sekaliannya. Bukankah kasih kepada ayah, anak dan keluarga itu termasuk dalam kasih dan Cinta atas dorongan naluri semula jadi manusia atau الحب الطبعي? Tentulah Cinta yang dituntut itu bersifat tabi'i juga, malah lebih lagi dari itu. Antara alasan mereka ialah:
(1) Firman Allah di bawah ini:
At-Taubah 9:24
قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَٰنُكُمْ وَأَزْوَٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَٰسِقِينَ
Bermaksud: Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kengiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamil cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya ('azabNya); kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (at-Taubah:24).
Ayat ini menjelaskan Cinta kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya mestilah melebihi Cinta kepada segala benda Iain yang lahirnya adalah atas dorongan naluri dan tabi'at semula jadi manusia. Oleh itu Cinta yang dituntut Baginda s.a.w. untukkesempurnaan iman itu juga semestinya bersifat tabi'i, malah ia seharusnya berada dipuncak Cinta itu, di tahap paling atas daripadanya.
(2) Hadits yang diriwayatkan oleh bin Hisyam r:a. ini. Kata beliau:
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلَّا مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ فَإِنَّهُ الْآنَ وَاللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْآنَ يَا عُمَرُ
Bermaksud: "Pernah kami bersama Nabi s.a.w. Ketika itu Nabi s.a.w. sedang memegang tangan Umar bin al-Khatthaab. Lalu Umar berkata kepada Baginda s.a.w.: "Wahai Rasulallah! Cintaku kepadamu melebihi segala sesuatu kecuali diriku sendiri." Nabi s.a.w. lantas bersabda: "Tidak boleh, demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, selagi aku tidak dicintaimu melebihi dirimu sendiri!" Maka 'Umar berkata: "Ya, demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih ku cintai daripada diriku sendiri!" Pada ketika itu barulah Nabi s.a.w. bersabda: "Ya sekarang (baru betul-betul sempurna imanmu), wahai Umar." (Hadits riwayat Bukhari dan Ahmad).
Cinta kepada diri sendiri juga termasuk dalam Cinta atas dorongan naluri. Nabi s.a.w. tetap menghendaki Umar menyintainya melebihi dirinya sendiri. Ini menunjukkan Cinta kepada Rasulullah s.a.w. yang dikehendaki untuk kesempurnaan iman itu bersifat tabi'i juga, malah ia seharusnya berada dipuncak Cinta itu, di tahap paling atas daripadanya. Antara tokoh ulama' yang termasuk dalam golongan pertama ialah al-'Aini, at-ftibi dan syah Waliyyullah r.a.
Keduanya ialah golongan yang berpendapat Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah di dalam hadits di atas ialah Cinta atas dorongan atau Cinta dalam batas ikhtiar dan kemampuan Bagi mereka Cinta atas dorongan naluri itu di luar batas ikhtiar dan kemampuan manusia. Sedangkan taklif agama hanya perkara-perkara yang berada dalam batas ikhtiar, pilihan dan kemampuan manusia.
Mana mungkin Rasulullah akan mengaitkan kesempurnaan iman dengan sesuatu yang di luar daripada ikhtiar dan kemahuan manusia? Dua firman Allah berikut juga jelas menegaskan hakikat ini:
Al-Baqarah 2:286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ
Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya...(al-Baqarah:286).
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ
Bermaksud:Allah tidak memberati sesaorang melainkan
sekadar apa (kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (at-ftalaaq:7).
Dua dalil yang dikemukakan oleh golongan pertama itu bagi mereka ini lebih tepat dikaitkan dengan Cinta atas dorongan 'aqal. Cuma Cinta atas dorongan 'aqal itu apabila meningkat naik, ia akan bertukar menjadi Cinta atas dorongan iman dan agama- .Apabila Cinta atas dorongan iman dan agama ini pula meningkat, ia akan bertukar menjadi Cinta atas dorongan isyq (الحب العشقي) Cinta atas dorongan isyq itulah kemuncak bagi Cinta dalam batas ikhtiar dan kemampuan manusia . Darjat Cinta sesaorang mu'min kepada Rasulullah s.a-w- itu berbeza-beza . Darjat yang paling rendah ialah darjat Cinta atas dorongan 'aqal. Antara tokoh 'ulama' yang termasuk dalam golongan kedua ialah Khatthaabi, Baidhaawi, Nawawi dan Iain-lain. Kata al-Khatthaabi: "Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini bukan Cinta atas dorongan naluri. Tetapi Cinta atas dorongan iman yang berada dalam pilihan dan ikhtiar manusia. Sebabnya ialah kecintaan manusia kepada ahli keluarga dan harta benda itu adalah naluri yang tertanam di dalam jiwanya. Ia merupakan sesuatu yang tidak dapat diubah dan di luar pilihan dan kemampuan manusia. Jadi maksud sabda Rasulullah s.a.w. ini ialah seseorang itu tidak benar-benar beriman selagi ia tidak sanggup mengorbankan dirinya kerana menta'atikn.l dan selagi ia tidak mengutamakan redhaku daripada kehendak dirinya, walaupun untuk itu ia iterpaksa mati.¯ Kenapa pula aqal memutuskan Cinta kepada Nabi s-a.w. itu harus melebihi Cinta kepada orang-orang Iain? Terlebih dahulu perlulah ditentukan apakah faktor atau punca yang menyebabkan seseorang manusia itu secara tabi'inya menyintai orang Iain. Menurut para ulama' puncanya adalah empat perkara ini:
(1) Kecantikan luaran
(2) Kelebihan dalaman atau keistimewaan peribadi (كمال )
(3) Budi dan jasa نوال/إحسان
(4) Kedudukan perhubungan (قرابة).
Inilah empat faktor yang selalunya mendorong seseorang manusia itu menyintai orang Iain. Dalam konteks yang lebih luas lagi dapat dikatakan inilah empat perkara yang mendorong sesaorang manusia itu menyukai sesuatu benda melebihi yang Iain. Secara tabiinya semakin banyak empat perkara ini ada pada seseorang, ia semakin dicintai orang. Setelah diteliti dan dikaji terbukti bahawa empat perkara itu paling banyak adanya ialah pada Rasulullah s.a.w. Maka wajar sekali kalau Baginda s.a.w. dicintai melebihi orang-orang Iain termasuk ayah, anak, isteri, suami dan Iain-lain, hatta diri sendiri sekalipun. Hakikat inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadits yang diriwayatkan oleh Anas di atas. Manusia memang terpengaruh dan selalu terpesona dengan kecantikan luaran. Ini adalah satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Tabi'at cintakan kecantikan dan keindahan itu bukan saja ada pada manusia. Sesetengah binatang terutamanya burung, amat jelas memperlihatkan tabi'at ini. Betapa pungguk merindukan bulan, sehingga ada peribahasa Melayu yang berbunyi: "Seperti pungguk merindukan bulan." Kenapa pula burung kuang menari-nari dan memekik-mekik bila tiba malam purnama, ada juga peibahasa Melayu tentangnya: "Seperti kuang memekik di puncak gunung-" Burung bulbul kadang-kadang mati kerana terpesona dengan kecantikan bunga ros. Lihat pula bagaimana kelekatu tergoda dengan kecantikan cahaya sehingga ia binasa kerananya. Peribahasa Melayu juga ada menyebut: "Seperti kelekatu masuk api, tidak tahukan mati Iakunya." Ini semua adalah sebahagian daripada fenomena alam yang terpesona dengan kecantikan.Seterusnya kenapa mata Fadhal yang membonceng di belakang unta Nabi s.a-w. itu terpaku ke wajah wanita Khats'sam yang sedang bertanya Baginda dalam peristiwa haji wadaa', dan perempuan itu juga memandang-mandang ke arahnya? Bukankan kerana kecantikan perempuan itu dan kerana kekacakan Fadhal jua?? ltulah yang dikatakan pengaruh dan pesona kecantikan luaran. Bagaimana pula dengan kecantikan luaran Rasulullah s.a.w.? Orang-orang yang melihat wajah Baginda berkata:
مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ مِنْ وَجْهِهِ
Bermaksud: Tidak pernah ku lihat sesuatu yang lebih menyerupai bulan (daripada segi kecantikan dan sejuk mata memandangnya) daripada (Lihat al-Baihaqi di dalam as-Sunan al-Kubranya, al-Haakim di dalam alMustadraknya dan at-Thahaawi di dalam Musykilu al-Aatsaamya).
Demikianlah riwayat Thaariq bin 'Abdillah al-Muhaaribi r.a. Antara gambaran rupa paras dan susuk tubuh Rasulullah s.a.w.yang paling lengkap diriwayatkan ialah riwayat yang dikemukakan oleh Imam Abu Isa at-Tirmizi di dalam kitab Syamaa'ilnya. Di dalamnya ,Hind bin Abi Haalah (anak tiri Rasulullah s.a.w. iaitu anak kepada Sai"idatina Khadijah r.a.) menerusi riwayat Hasan bin 'Ali cucunda Rasulullah s.a.w. menggambarkan kecantikan wajah Rasulullah dengan katanya:
ََيَتَلألأُ وَجْهُهُ تَلألُوَ القَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Bermaksud: wajah Rasulullah s.aw. itu berseri-seri bagaikan bulan di malam purnama
(Atsar riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jam Kabirnya, Ibnu al-Atsir di dalam Jaami' al-Ushulnya, Baihaqi di dalam Syu'ab al-lmannya dan Iain-lain).
Lihat pula bagaimana penya'ir Rasulullah s.a.w. Hassaan bin Tsabit mengambarkan kecantikan Baginda s.a.w, melalui dua rangkap syair ciptaannya ini:
وَأَحسنُ مِنكَ لم ترَ قَطُّ عيني◇وَأجْلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءَ
خلقتَ مبرأ متْ كلّ عيب◇ كأنكً قدْ خلقتِ كما تشاءُ
Bermaksud: Orang yang lebih cantik daripadamu tidak pernah dilihat mataku. Orang yang lebih rupawan daripadamu tidak pernah dilahirkan ibu. Kejadianmu bersih daripada sebarang kecacatan. Bagaikan engkau dicipta mengikut kehendakmu.
(Lihat Diwaan Hassaan bin Tsaabit j.1 m/s 2). Tertarik kepada kecantikan luaran adalah satu naluri yang tersemat kukuh di dalam jiwa setiap manusia, termasuk jiwa seorang nabi sekalipun. Perhatikan sebagai contohnya firman
Allah berikut ini:
Al-Ahzab 33:52
لَّا يَحِلُّ لَكَ ٱلنِّسَآءُ مِنۢ بَعْدُ وَلَآ أَن تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَٰجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ رَّقِيبًا
Bermaksud: tidak halal bagimu mengawini perempuan- perempuan yang Iain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan tidak boleh (juga) engkau mengganti mereka dengan isteri-isteri (yang Iain), meskipun kecantikannya menarik hatimu, kecuali perempuan-perempuan (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi segala sesuatu. (al-Ahzaab:52).
Kalau begitu sebab pertama untuk timbulnya rasa cinta kerana terpengaruh dengan kecantikan luaran sudah pun ada pada diri Rasulullah s.a.w. melebihi orang-orang Iain. Manusia juga kagum dengan orang yang hebat dan mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Mereka bukan sekadar kagum dan minat kepada orang seperti itu, malah kadang-kadang jatuh cinta kepadanya. Lihatlah bagaimana ribuan manusia boleh senyap mendengar lagu dendangan seorang penyanyi yang merdu suaranya. Padahal penyanyi itu rupanya tidaklah cantik. Pelakon yang handal pula bukan sahaja disanjungi, malah digilai sekian ramai peminatnya. Penulis dan ilmuan terkenal tidak hanya dihormati dan disanjung tinggi, buku-buku tulisannya bukan sekadar di baca dan dihafal, diteliti dan dikaji, namanya bukan sahaja meniti dibibir, bahkan apa yang ditulisnya dituruti, dihayati dan dijadikan pedoman. Peminat- peminatnya akan membela dan mempertahankannya kalau ada orang mempertikaikannya. Perasaan cinta daripadanya sentiasa membara di dalam jiwa mereka dan perasaan benci kepada orang-orang yang membencinya pula semakin menebal. Rasulullah s.a.w. mempunyai kelebihan dalaman ini dalam keadaan paling sempurna. Sama ada dalam bentuk ilmu, amal, akhlaq atau perhubungan. Baginda s.a.w. dengan Allah s.w.t. dan Iain-lain lagi. Untuk mengetahui kehebatan dan kelebihan peribadi Baginda
s.a.w. perhatikan saja ayat-ayat al-Qur'an dan hadits-hadits di bawah ini:
C) Al-Qalam 68:4
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Bermaksud: dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang amat mulia. (al-Qalam:4)
Aal-e-Imran 3:31
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
”Jika benar kamu menfintai Allah, maka ikutilah dakał, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Aali 'Imraan:31).
Dua ayat ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. itu seorang yang berperibadi unggul. Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Baginda selayaknya dijadikan contoh dan ikutan Oleh semua manusia Rasulullah s.a.w.
إِنَّمَا بُعِثِتُ لأُتَمْمَ مَكَارِمَ الأَخْلَاقِ
Bermaksud: Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.
(Hadits riwayat Baihaqi, al-Bazzaar, al-Haakim, ad-Dailami dan al-Bukhari di dalam alAdab al-Mufrad).
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
إِنَّ أَتْقَاكُم وَأَعْلَمَكُمْ بِاللهِ أَنَا
Bermaksud: Sesungguhnya akulah orang yang paling bertaqwa kepada Allah dan paling mengenaliNya di kalanganmu. (Hadits riwayat Bukhari).
Budi dan jasa juga antara perkara yang paling kuat mendorong kita menyintai seseorang. Pepatah Arab ada berkata:
الانسان عبيد الإحسان
Bermaksud: "Manusia akan menjadi hamba kepada orang yang berbudi dengannya."
Sebenarnya bukan manusia saja yang akan menjadi hamba atau tunduk kepada orang yang berbudi dengannya, tetapi binatang juga begitu. Lihat saja kepada anjing, beruk, kuda dan lain-lain yang amat setia kepada tuannya.
Peribahasa Melayu pula berkata: "Hutang emas dibalas emas, hutang budi dibawa mati." Sampai begitu sekali manusia itu terikat dan terhutang oleh budi. Kalau kerana budilah anda terpaut hati dengan seseorang dan jatuh cinta kepadanya, maka Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling berhak dicintai dan dikasihi. Kerana berapa banyak sekalipun budi yang ditabur seseorang kepada anda, itu tidak lebih daripada setitis jika dibandingkan dengan awan budi Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mencurah-curah kepada anda dan juga kepada semua manusia yang menghuni bumi ini. Betapa tidaknya, lihat saja sebagai bukti beberapa ayat di bawah ini:
Al-Anbiya 21:107
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ
Bermaksud: dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiyaa': 107).
At-Taubah 9:128
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan kebaikm untukmu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mu'min.
(at-Taubah128).
Aal-e-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Bermaksud: dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenanglah niNmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu dengan ni*mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Aali 'Imraan:103).
Faktor keempat yang mendorong seseorang manusia itu menyintai orang lain ialah kedudukan perhubungan. Maksud kedudukan perhubungan di sini ialah apa ada kena mengena orang itu dengan kita. Adakah dia bapa kita, anak kita, ibu kita atau adik beradik kita dan sebagainya. Ahmad menyintai Aminah kerana Aminah adalah isterinya. Aminah menyintai Khalid kerana Khalid anaknya dan begitulah seterusnya. Kenapa pula kita harus menyintai nabi, apa kena mengenanya dia dengan kita? Kita bahkan dituntut lebih daripada ibu anak-anak dan manusia sekaliannya, termasuk diri kita sendiri. Kenapa begitu?? Jawabnya ialah dialah sebenarnya orang yang kedudukan perhubungannya paling rapat dengan anda, meskipun anda bukan dari keturunannya. Dialah sebenarnya bapa kepada hakikat insan yang wujud di dunia ini. Perhatikanlah firman Allah di bawah ini:
Al-Ahzab 33:6
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَسْطُورًا
Bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka... (al-Ahzab:6).
Sesetengah menterjemahkannya dengan: (Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orangorang mukmin dari diri mereka sendiri...). Maksudnya ialah orang-orang mu'min itu seharusnya mencintai Nabi mereka lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan. Apabila isteri-isterinya dikatakan ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman, bererti Rasulullah s.a.w sendiri adalah bapa kita. Sebuah hadits Rasulullah s.a.w. menyebutkan den perhubungan Baginda dengan orang-orang mu'min. Kata Baginda s.a.w.:
إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْوَالِدِ أُعَلِّمُكُمْ فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْغَائِطَ فَلَا يَسْتَقْبِلْ الْقِبْلَةَ وَلَا يَسْتَدْبِرْهَا وَلَا يَسْتَطِبْ بِيَمِينِهِ وَكَانَ يَأْمُرُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ وَيَنْهَى عَنْ الرَّوْثِ وَالرِّمَّةِ
Bermaksud: Sesungguhnya aku seperti bapa kepadamu. Aku hendak mengajar kamu. Apabila seseorang daripada kamu pergi membuang air, janganlah dia menghadap qiblat dan membelakanginya. Jangan juga dia beristinja' dengan tangan kanannya. (Kata perawi) Baginda s.a.w. selalu menyuruh (orang yang hendak beristinja') menggunakan tiga biji anak batu. Baginda juga melarang daripada menggunakan tahi binatang yang kering dan tulang (untuk belistinja').
(Hadits Hwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, Abu 'Awaanah dan lainlain daripada Abi Hurairah).
Sekarang perlulah jelas bapa kita yang manakah yang lebih utama bagi kita. Bapa darah daging seseorang manusia adalah bapa jasmaninya. Sebenarnya bapa jasmani itu tidak lebih daripada perantaraan yang dipilih Allah untuk meneruskan zuriat manusia semata-mata. Sama seperti bapa kepada mana-mana binatang yang lain seperti lembu, kambing, kuda, buaya, biawak, beburung dan lain-lain. la tidak lebih daripada perantaraan untuk meneruskan zuriatnya. Tidak ada langsung pilihan pada anda untuk memilih bapa jasmani. Campur tangan bapa jasmani anda juga langsung tidak ada dalam menentukan bakat, kebolehan dan kelebihan anda. Berbeza dengan bapa rohani manusia. Dia adalah nabi yang dipilih Allah untuk mengajarkan kepada manusia erti hidup sebagai seorang manusia. Dialah yang membimbing manusia agar menjadi hamba Allah yang ta'at kepadaNya. Dialah yang menyedarkan manusia supaya berakhlaq mulia dan berpengetahuan. Dialah yang memberi tahu tentang adanya kehidupan di alam yang lain sesudah mati, tentang dosa pahala, tentang syurga neraka, tentang Tuhan dan lain-lain. Pendek kata dialah yang mengajar anda mengenal mengenal dunia, mengenal akhirat dan mengenal Allah Tuhan pencipta alam semesta ini. Kalau begitu dialah sepatutnya diutamakan daripada orang-orang lain dalam kehidupan kita. Kerana terkumpul padanya segala punca dan sebab untuk seseorang itu dicintai kita dalam keadaan paling semprna dan lengkap. Itulah sebab dan rahsianya kenapa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونِ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
Tidak beriman seseorang daripada kamu selagi tidak lebih dicintainya daripada ayah dan anaknya dan manusia sekaliannya).
⁸⁴ Selain Bukhari dan Muslim hadits ini diriwayatkan juga oleh Ahmad, Nasaa'i, Ibnu Majah,Daarimi Abu Ya'la dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan