Rabu, November 04, 2020

K198.Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur. Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah.

K198.Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur. Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah.

Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan!


Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.


Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.


Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).


Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!


Berikut infografik yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan shalat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dalam tempat tidurnya."

Riwayat Ahmad(6689),Abu Daud(495)

UMUR 0-2
Fokus untuk sentias bercerita pada anak ,nanti adik akan tidur ditilam sendiri ada bilik sendiri.

Sediakan emosi dan mental mereka untuk berpisah tempat tidur.


UMUR 3-4
Mula pisahkan tempat tidur anak dengan kita .Mungkin bilik yang sama ,tapi compartment berbeza,tilam lain-lain.Bukan kongsi.

Ada yang dah asingkan tempat tidur masa bayi .Ini lagi baik .Senang dimasa hadapan.

Kena mula toilet training  untuk persediaan menjadi lebih berdikari.

Teruskan up bercerita dan up gradententang perasaan malu,aurat dan privasi.

Umur  5-6
Anak perlu ada bilik sendiri.Didik anak berdikari.
Biar anak tahu ,dia ada riang privasi untuk tukar baju,buat homework,bermain dan aktiviti peribadi.

Umur 7
Dah boleh tidur bilik sendiri.
Jangan ada yang masih tidur dengan ibu bapa bila masuk sekolah rendah.Big NO.

Panduan yang sama boleh diaplikasi  dalam situasi tidur dengan nenekn,bapa atau mak saudara.

Sediakan bilik yang selesa
Memadai bilik tersebut bersih dan kemas.
Ajak anak untuk hias bilik mengikut citarasa mereka aupaya mereka seronok untuk disitu.
Hias mengikut kesukaan mereka mengikut kemampuan ibubapa.

Mulakan latih tidur bilik sendiri siang hari.
Temankan dia terlebih dahulu dan bqcakan buku cerita yg memberi manfaat kepada mereka.
Lakukan sekerap boleh.
Cara ini dapat membantu membiasakan mereka.

Gunakan sistem reward.
Seperti beli stiker atau pelekat bergambar dan lekatkan dipapan khusus  untuk tunjuk  berapa kali dalam seminggun anak2 tidur pada waktu yg ditetapka.

Biasakan dari awal.
Bila anak datang bilik ibubapa bawa kembali kebilik mereka.
Perlu bersabar dan pimpin anak2 setiap kali keluarmasuk  bilik tidur ibubapa.
Tidurkan kembali anak2 dibilik mereka.

Wujudkan suasana selesa.
Selidiki rutin dan suasana  tidur kesukaan anak.
Berikan alatan yang  buatkan mereka rasa selamat denganya.
Kalu suka bantal peluk belikannya.
Sediakan pencahayaan dan lampu tidur yg bersesuain untuk anak2.

Baca doa pelindung
3 qul
Rangsang minda sapara sedar anak semasa anak tidur.
Bisikan ditelinga anak agar jadi anak yg dapat berdikari dan tidur sendiri
Menasihati anak2 ketika waktu begini secara istiqamah sangat berkesan.
Ibu ayah boleh cuba.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan