Halaman

Rabu, November 25, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 30(074)

Sahih muslim kitab iman sesi 30(074)
Sesi 32


47- 'Abdullah bin 'Amar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada empat sifat. bila terdapat pada seseorang²²⁴  maka dia adalah munafik tulen²²⁵.  Sesiapa
yang ada padanya satu saja daripada sifat-sifat itu, bererti ada padanya satu saja sifat nifaq, sehingga ia meninggalkannya. (1) Apabila bercakap. dia berdusta: (2) Apabila
___________________________________________________________


²²⁴ Maksudnya ialah keempat-keernpat sifat tersebut bukan saja ada, malah menonjol pada dirinya dan sudah menjadi kebiasaannya. Orang-orang yang kadang-kadang saja ada sifat-sifat tersebut dan ia bukan pula menjadi kebiasaan mereka, tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan didalam  hadits ini. Ta'wilan seperti ini perlu dibuat kerana adakalanya sifat-sifat yang dinyatakan itu ada pada seseorang, tetapi dia masih lagi beragama Islam. Sifat-sifat tersebut pernah ada pada saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. dahulu. Mereka berbohong, mungkir janji dan mengkhianati amanah yang diserahkan kepada mereka, namun ia adalah kes yang jarang-jarang sekali berlaku. Ia tidak ada pada mereka secara berterusan. Tambahan pula, berdasarkan riwayat yang ada, ketika itu mereka masih lagi mentah, mungkin juga ada antaranya yang belum baligh pada ketika itu.

²²⁵ Para'ulama' telah mengemukakan beberapa pendapat tentang apakah maksud sebenar Nabi s.a.w. berkata "maka dia adalah munafik tulen". Berikut dikemukakan beberapa daripadanya: 
(1)Dia sangat menyerupai orang-orang munafiq kerana memiliki sifat-sifat tersebut. 
(2) Sabda Baginda s.a.w. itu mungkin juga bermaksud, dia adalah seorang munafiq sejati pada saat dia berbohong, mungkir janji, khianat dan bertengkar dalam keadaan yang melampau-lampau itu. 
(3)Munafiqnya bukan pada pada i'tiqad, tetapi pada amalan saja, dengan erti ia tidak menganggap halal semua pekerti buruk itu. 
(4) Ia boleh juga dipakai dengan erti sifat-sifat tersebut sudah menjadi tabi'at dan kebiasaannya. Ia baginya merupakan perkara remeh-temeh saja dalam kehidupan. 
(5) Mungkin juga perkataan munafiq di sini dipakai dari sudut bahasanya semata-mata, kerana di dalam bahasa Arab nifaq itu bererti menzahirkan sesuatu tidak sama dengan yang disembunyikan. Orang yang mempunyai sifat-sifat ini memang begitu; orang yang berbohong menampakkan dirinya berkata benar, orang yang mungkir janji pula menampakkan dirinya menepati janji (pada saat dia membuat lanji), demikianlah seterusnya. 
(6) Qadhi 'Iyaadh pula mengatakan bahawa hadits ini seeloknya dipakai dengan ma'na tasybih, iaitu seseorang itu menyerupai orang munafiq kerana berkelakuan seperti mereka. Ma'na 'sejati' atau 'tulen' pula ialah pada sifat-sifat tersebut, bukannya kemunafiqan sejati yang ada pada orang-orang kafir. 
(7)Kemunafiqannya hanya untuk orang yang bercakap dengannya, yang menyerahkan amanah kepadanya. serta yang menerima janjinya, bukannya kepada manusia secara umum. 
(8) Boleh jadi juga yang dimaksudkan dengannya ialah orang-orang munafiq pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. kerana para sahabatnya menjauhkan diri daripada mereka, seolah-olahnya pada zaman itu sifat-sifat tersebut hanya boleh didapati pada orang munafiq yang sejati sahaja.

Ta'wilan-ta'wilan seperti itu perlu dibuat kerana perbuatan-perbuatan yang tersebut di dalam hadits 47 di atas tidak lebih daripada merupakan dosa-dosa (ma'shiat-ma'shiat) semata-mata. Dan mengikut 'aqidah
Ahli as-Sunnah wa al-Jarna'ah, seseorang tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa atau ma'shiat, biar bagaimana besar sekalipun dosa atau ma'shiat yang dilakukannya.


74


Tiada ulasan:

Catat Ulasan