Sahih muslim kitab iman sesi 33(078)
٥٠-عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلَّا كَفَرَ وَمَنْ ادَّعَى مَا لَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
50- Abu Dzar²³² r.a. meriwayatkan, katanya: Dia mendengar Rasulullah s.a.r,v. bersabda: Sesiapa saja yang mendakwa orang lain (bukan bapanya sebagai bapanya, padahal dia
tahu bahawa itu bukan bapanya, maka dia jadi kafir.²³³ Dan sesiapa mendakwa sesuatu yang bukan miliknya,²³⁴ maka bukanlah dia dari kalangan kita (orang-orang Islam yang
sebenar).²³⁵ Tempatnya ialah di neraka.²³⁶ Dan sesiapa yang memanggil seseorang
___________________________________________________________
(Bab Hukum Iman Orang Yang Mengaku Bapa Orang Yang Bukan Bapanya Dalam Keadaan Dia Tahu, Dan Hukum Iman Orang Yang Mendakwa Miliknya Apa Yang Bukan Miliknya).
Al-Ubbi dan al-Sanusi tidak membuat sebarang tajuk untuk hadits-hadits berikut kecuali pada hadits.سباب المسلم فسوق
(Memaki Orang Islam Itu adalah Kefasikan) sahaja. Kedua-dua mereka memasukkan hadits-hadits berikut di bawah tajuk bab sebelumnya. Demikian juga dilakukan oleh al-Qurthubi.
²³²Beliau ialah Abu Dzar al-Ghifaari al-Madani, namanya ialah Jundub bin Junaadah bin Sufyan bin 'Ubaid bin Haraam bin Ghifaar. Beliau ialah seorang sahabat yang terkenal. Memeluk Islam di peringkat awal, tetapi lewat berhijrah. Kerana itu beliau tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Abu Dzar meninggal dunia di Rabazah pada tahun 32H di zaman pemerintahan Saiyyidina
'Utsman r.a. Di sana juga beliau dikebumikan.
²³³ Perkataan "kafir" di sini mungkin telah dipakai dengan ma'na kafir yang sebenar; yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Keadaan ini akan berlaku sekiranya dia mengangga perbuatan seperti itu halal, kerana pada hakikatnya dia telah menghalalkan apa yang jelas haramnya dalam agama Islam. Mungkin juga kafir di sini dipakai dengan ma'na kufur ni'mat atau tidak mengenang budi seseorang; di mana dia telah mengkufuri ni'mat seorang bapa, lantaran perbuatannya mengakui orang lain sebagai bapanya itu adalah satu bentuk pertuduhan,
pembohongan atau penderhakaan terhadap bapanya. Kufur jenis ini tidaklah mengeluarkan seseorang daripada agama Islam, meskipun ia adalah satu dosa besar.
²³⁴Sama ada yang berkait dengan hak milik orang lain atau tidak, seperti ilmu atau kedudukan yang tidak dimilikinya.
²³⁵ Maksudnya ialah orang itu berdosa dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang Islam yang mendapat petunjuk. Mungkin juga ia bererti perbuatannya itu tidak mencerminkan peribadi seorang Islarn sebenar. Kata-kata Nabi s.a.w. ini sama seperti seorang bapa yang berkata kepada anaknya yang jahat. '"engkau bukan anakku". Begitulah keadaannya jika dia tidak menganggap
perbuatannya itu halal. Sekiranya dia menganggap perbuatannya itu halal, maka dia boleh menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
²³⁶ Kata-kata Nabi s.a.w. ini boleh jadi sebagai doa Rasulullah s.a.w. untuk orang yang bersifat
begitu. Boleh jadi juga sebagai pemberitahuan, sekiranya dia menganggap perbuatannya itu halal. Walaupun begitu, Allah s.w.t. tetap boleh mengampunkan sesiapa jua yang dikehendakiNya.
78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan