Sahih muslim kitab iman sesi 30(076)
sebelum itu, mungkin melalui wahyu, mungkin juga dengan cara pemerhatian. Secara keseluruhannya, tanda-tanda munafiq itu ada lima: (1) berdusta, (2) mencabuli perjanjian (yangmelibatkan kerajaan), (3) memungkiri janji (biasa), (4) khianat, (5) bersikap melampau dalammpertikaian. Selain daripada itu, ada lagi tanda-tanda lain yang tidak disebutkan di dalam hadits,misalnya yang disebutkan di dalam ayat ini:
وَإِذَا قَامُوٓا۟ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُوا۟ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Bermaksud: "bila mereka berdiri hendak bersembahyang, mereka berdiri dengan malas mereka hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai, mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali."
An-Nisa' 4:142
إِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ يُخَٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓا۟ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُوا۟ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk shalat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud ria (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali.
Kelima-lima perkara ini disebutkan secara khusus kerana ia merupakan tanda yang paling mudah untuk dilihat berbanding tanda-tanda lain ketika bergaul bersama mereka, atau kerana ia rnerupakan perkara-perkara yang paling berbahaya kepada orang-orang Islam dan boleh memusnahkan mereka. Tidak seperti yang selainnya, seperti malas bersembahyang dan riya'.
Menurut lmam Nawawi pula, apa yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. sebanyak empat dalam riwayat yang pertama dan sebanyak tiga dalam riwayat kedua itu masing-masing tidak bercanggah. Boleh jadi sesuatu itu mempunyai beberapa tanda, masing-masing tanda itu dengan sifatnya yang tersendiri. Boleh jadi tanda yang ada pada seseorang hanya satu sahaja. Boleh jadi juga ia berupa gabungan beberapa perkara, misalnya sabda Nabi s.a.w. وإذا عاهد غدر itu sudah termasuk dalam sabdanya وإذا اؤتمن خان kerana perbuatan mencabuli perjanjian itu pada hakikatnya adalah mengkhianati amanah yang diserahkan kepadanya.
76
Tiada ulasan:
Catat Ulasan