Halaman

Rabu, November 25, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 30(075)

Sahih muslim kitab iman sesi 30(075)

bersumpah setia, dia berkhianat; (3)Apabila berjanji, dia mungkir; dan (4) Apabila bermusuhan, dia melampau²²⁶

٤٨-عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ



48- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga: (1) Apabila bercakap, dia berdusta; (2) Apabila berjanji, dia mungkir;
dan (3) Apabila dipercayai, ia berkhianat.
___________________________________________________________

²²⁶dan menyimpang daripada kebenaran. Dia sanggup mengarut, berdusta dan membuat helah demi mendapat kemenangan dalam da'waannya. Oleh kerana hadits ini tidak boleh dipakai dengan ma'nanya yang zahir mengikut aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, ia dita'wilkan oleh para "ulama" dengan beberapa ta'wilan berikut: (1) Yang dimaksudkan dengan nifaq di sini ialah nifaq amali bukannya nifaq i'tiqadi. (2) Yang dimaksudkan sebagai orang munafiq di sini ialah orang yang menjadikan perbuatan-perbuatan yang disebutkan itu sebagai kebiasaannya dan menganggapnya sebagai perkara remeh-temeh. lni kerana orang yang sedemikian rupa biasanya bermasalah daripada segi 'aqidahnya, mungkin juga kerana dia memang orang munafiq yang sebenar. (3) Perkara-perkara yang disebutkan itu merupakan tanda-tanda orang munafiq di zaman
Nabi Muhammad s.a.w. Sahabat-sahabat Baginda akan menjauhi orang-orang yang mempunyai sifat-sifat tersebut agar mereka tidak terpengaruh dengannya. Mereka pula kebanyakannya tidak mengetahui siapakah orang-orang munafiq di kalangan mereka. Inilah pendapat Ibnu 'Abbas dan Ibnu 'Umar. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Orang Islam perlu berhati-hati dengan golongan munafiq atau talam dua muka.
(2) Orang-orang munafiq boleh merosakkan imej baik Islam. 
(3) Agama Islam menyeru penganutnya ke arah kebaikan, sekiranya terdapat sebarang unsur kejahatan pada mereka, ia bukanlah sesuatu yang dikehendaki oleh agama. 
(3) Orang munafiq itu bukan semuanya kafir. 
(4) Orang munafiq boleh dikenali melalui tanda-tanda yang ada pada mereka. 
(5) Orang-orang Islarn tidak seharusnya bergaul dengan orang-orang munafiq atau membiarkan mereka bebas melakukan apa saja. 
(6) Sekiranya seseorang itu disyak munafiq, kata-katanya tidak boleh dipegang, janjinya tidak boleh dipercayai, dia tidak boleh diharapkan untuk memegang amanah, elakkan daripada berbahas dengannya, elakkan sebarang pertikaian yang mungkin timbul dengannya. Lebih tepat lagi, jauhkan diri daripadanya, paling tidak pun, berwaspadalah dengannya.

²²⁷ Bahagian terakhir di dalam hadits 48 yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ini di dalam hadits Abdullah bin 'Amar sebelum ini. Jika ditambah dengan yang disebutkan di dalam hadits sebelum ini, maka ada lima perkaralah semuanya. Menurut al-Qurthubi, terdapat percanggahan di antara hadits riwayat 'Abdullah bin 'Amar dan riwayat Abu Hurairah, di mana dalam riwayat sebelum ini disebutkan sebanyak empat perkara, manakala di dalam riwayat ini pula disebutkan tiga perkara sahaja. Sebenarnya kedua-dua riwayat tersebut boleh dikompromikan dengan mengatakan bahawa Nabi s.a.w. baru mendapat tahu tentang tanda lain yang tidak diketahuinya



75

Tiada ulasan:

Catat Ulasan