Sahih muslim kitab iman sesi 33(080)
52- Sa'ad bin Abi Waqqaash r.a.²⁴¹ meriwayatkan, katanya: Dua telingaku ini telahmmendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesiapa yang menda'wa seseorang sebagai
bapanya setelah dia memeluk agama Islam, padahal dia tahu orang itu bukan bapanya,²⁴² haramlah kepadanya syurga.²⁴³ Kata Abu Bakrah r.a.. "Aku juga mendengar Rasulullah berkata demikian.
بَابُ حُكْمِ سِبَابِ المُسْلِمِ وَقَالِهِ
________________________________________________________
²⁴¹ Nama sebenar bapa Sa'ad ialah Malik bin Wuhaib atau Uhaib bin 'Abdi Manaf bin Zuhrah binnKilab. Sa'ad telah meny'ertai peperangan Badar dan semua peperangan lain. Beliau ialah salah seorang daripada sepuluh orang sahabat yang telah dijanjikan syurga kepada mereka oleh
Rasullah s.a.w. Beliau juga adalah yang terakhir rneninggal dunia di kalangan mereka. Selain merupakan salah seorang daripada enam orang ahli majlis Syura, Sa'ad juga merupakan orang yang pertama memanah fi-sabilillah dan salah seorang yang mahir berkuda. Keistimewaan-
keistitnewaan beliau tidak terkira banyaknya. Beliau meriwayatkan sebanyak 270 (duaratus puluh) buah hadits. Sa'ad bin Abi Waqqaash meninggal dunia pada tahun 55H ketika bemmur 74 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam mahligainya di al-'Aqiq yang terletak
sejauh 10 batu dari Madinah. Jenazah beliau di bawa ke Madinah dan disembahyangkan di sana.
Marwan yang pada ketika itu merupakan gabenor Madinah telah mengimami sembahyang jenazahnya. Sa'ad bin Abi Waqqaash adalah salah seorang sahabar disemadikan di tanah perkuburan Baqi.
²⁴² Maksud hadits ialah da'waan itu dibuat oleh seseorang setelah dia memeluk agama Islam dan sudah pun mengetahui tentang keharamannya.
²⁴³ Haramlah kepadanya syurga ini boleh ditafsirkan dengan beberapa cara: (1) Sekiranya seseorang itu menganggap perbuatannya halal padahal dia sudah mengetahui tentang keharamannya tanpa sebarang keraguan lagi, syurga itu memang diharamkan kepadanya dan tempatnya ialah di neraka. Ini kerana hanya Allah s.w.t. jua yang boleh menghalalkan atau mengharamkan sesuatu. (2) orang itu tidak boleh memasuki syurga yang istimewa. (3) Orang itu tidak boleh memasuki syurga dengan cepat, selamat, atau bersama mereka yang disifatkan oleh
Allah swt. sebagai orang yang berjaya.
(4) Dia akan diseksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan
memasuki syuga, kecuali Allah s.w.t. mengampunkannya. Antara kesimpulan yang dapatndipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Dilarang mendakwa seseorang sebagai bapa sebenar,
padahal ia bukan bapa sebenar. Sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain.
(2) perbuatan memalsukan bapa itu secara tidak langsung akan memalsukan ma'lumat-ma'lumat lain yang
bersangkut-paut dengan seorang bapa, misalnya hukum mahram, wali, masalah pusaka, urusan nikah kahwin dan perkara yang berkaitan dengannya.
(3) Perbuatan melanggar undang-undang dalam keadaan tahu dan sedar adalah lebih teruk daripada sebaliknya, sekiranya ia dilakukan dengan niat menghina undang-undang.
(4) Adakalanya sesuatu perbuatan kelihatan remeh sahaja,
tetapi akibatnya buruk sekali. Agama Islam menerangkan kepada manusia apakah perbuatan-perbuatan berbahaya yang kelihatan remeh itu dan melarang mereka daripadanya. Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan yang kelihatan kecil, tetapi ganjarannya besar sekali. Islam tentu
akan menggalakkan penganut-penganutnya supaya mengerjakannya.
80
Tiada ulasan:
Catat Ulasan