Tafsir asas quran nota 9(140).
Qur'an itu walaupun merupakan isim-isim (kata nama) mu"rab, namun selagi tidak dimasuki 'aamil dan tidak dijadikan sebagai sebahagian daripada mana-mana ayat" selagi itulah ia dibaca dengan jazam dan sukun. Dan mestilah diwaqaf pada akhir tiap-tiap satu daripadanya. Az-Zamakhsyari (m.538H), al-Baidhawi (m.79lH) Abu as-Sa'ud (m.951H) dan lain-lain muhaqqiqin dalam bidang Tafsir mentarjihkan pendapat Sibawaih dan gurunya Khalil itu. ltihat al-Farraa' - Ma'ani al-Qur'an j.l m/s 9, Abu Ja'far an-Nahhaas- I'raabu al-Qur'an j.1 m/s 177,Tafsir al-Kassyaaf, Tafsir al-Baidhawi dan Tafsir Abu as-Sa'ud di bawah ayat 1 Surah al-Baqarah).
Huruf Muqattha'ah Menurut Al-Khulafa' Ar-Raasyidun.
Kedudukan Huruf Muqattha'ah sebagai sebahagian daripada al-Qur'an merupakan suatu perkara yang mutawatir di sisi seluruh umat Islam. Oleh itu mempercayainya sebagai sebahagian al-Qur'an yang diturunkan Allah adalah wajib sama seperti mempercayai
ayat-ayat yang lain daripada al-Qur'an. Al-Qur'an sendiri melalui mana-mana ayatnya tidak pernah mentafsir dan menjelaskan ma'na-ma'nanya. Tidak pernah juga Rasulullah s.a"w. melalui mana-mana riwayat yang sahih menerang dan menghuraikan ma'na- ma'nanya" Jika Huruf Muqattha'ah itu mengandungi ajaran akidah tertentu yang mesti diimani sehingga tidak sah atau kurang iman seseorang yang tidak mempercayainya,
tentulah Allah dan RasulNya tidakk membiarkannya begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan dan penerangan. Atau jika ia mengandungi sesuatu ajaran yang berkaitan
dengan syari'at dan amalan tertentu yang tidak dapat tidak mesti dilakukan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, tentu juga Allah dan RasulNya telah memaklumkan kepada mereka maksud-maksudnya. Huruf Muqattha'ah ternyata
dikekalkan sebagai rahsia yang tidak didedahkan, sama ada oleh Allah s.w.t. mahupun RasulNya yang diutus sebagai guru al-Qur'an yang pertama. Itulah sebabnya ada
diriwayatkan daripada al-Khulafaa' ar-Rasyidun, sekian ramai para sahabat dan tabi'in bahawa mereka berkata: ,+ هي سر الله في القرأن (Ia adalah rahsia Allah di dalam al-Qur'an).
Imam al-Baghawi (Muhyu as-Sunnah Abu Muhammad al-Husain bin Masud al-Baghawi. Seorang muhaddits, faqih dan mufassir yang terkemuka m.516H) menulis:
140
Tiada ulasan:
Catat Ulasan