Halaman

Rabu, November 04, 2020

Tafsir asas quran nota 9(141).

Tafsir asas quran nota 9(141).

"Imam Sya'bi dan sekumpulan "ulama' berkata, الم dan semua huruf ejaan bahasa"Arabdi permulaan beberapa surah al-Qur'an itu termasuk dalam ayat-ayat Mutsyabihaat yang tidak ada siapa pun mengetahui ma'nanya selain Allah" Ia merupakan rahsia al-Qur'an.

Kita beriman dengan zahirnya (mempercayainya sebagai sebahagian daripada al-Qur'an secara zahir sahaja) dan menyerahkan ma"na sebenarnya kepada Allah s.w.t. Tujuan huruf-huruf itu disebutkan tidak lain hanyalah supaya kita mengimaninya. Abu Bakar dan Ali berkata, "Setiap kitab ada rahsianya" Dan rahsia Allah di dalam al-Qur'an ialah
Huruf-huruf Muqattha'ah di permulaan beberapa surahnya. Daud bin Abi Hind berkata,"Saya selalu bertanya Sya'bi tentang huruf-huruf itu. Jawab beliau, "Wahai Daud,
sesungguhnya setiap kitab mesti ada rahsianya. Dan rahsia al-Qur'an ialah huruf-huruf Muqattha"ah di permulaan (beberapa) surah. Tinggalkan saja huruf-huruf itu, dan
tanyalah apa saja yang kau mahu selainnya." (Lihat Ma'alimuat-Taruiil j.l m/s 59).

Ahli Tafsir terkenal al-Qurthubi (Abu 'Abdillah Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Qurthubi m"671H) menulis di dalam Tafsirnya begini:

"'Aamir asy-Sya'bi, Suffan ats-Tsauri dan sekumpulan muhadditsin berpendapat, huruf-huruf muqattha"ah itu adalah rahsia Allah di dalam al-Qur'an. Allah mempunyai rahsia di dalam setiap kitabNya. Ia termasuk ayat-ayat Mutasyabihaat yang hanya diketahui Allah (maksud sebenarnya)" Tidak harus kita memperkatakannya. Apa yang perlu kepada kita ialah mengimani dan membacanya sebagaimana ia telah sampai kepada kita.

Pendapat ini dinukilkan daripada Abu Bakar dan 'Ali bin Abi Thalib r"a" Abu al-Laits as-Samarqandi menukilkan daripada Umar, 'Utsman dan Ibnu Mas'ud bahawa mereka
berkata, "Huruf-huruf Muqattha'ah itu termasuk dalam rahsia tersembunyi yang tidak boleh ditafsirkan." Kata Abu Haatim, "Kita tidak dapati Huruf-huruf Muqattha'ah di
dalam al-Qur'an melainkan di permulaan (beberapa) surah. Dan kita tidak mengetahui apa yang dimaksudkan Allah dengannya" Abu Bakar Ibnu al-Ambaari dengan sanadnya
meriwayatkan daripada Rabi' bin Khutsaim, kata beliau: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan al-Qur'an ini. Ada isi kandungan al-Qur'an yang hanya diketahui Allah
ma'nanya. Ada juga yang diberitahuNya kepadamu. Maksud mana-mana ayat al-Qur'an yang Allah khususkan dengan diriNya semata-mata, tidak akan dapat dicapai oleh kamu"
Oleh itu janganlah kamu bertanya tentangnya. Adapun yang Dia beritahu kepadamu, itu

141

Tiada ulasan:

Catat Ulasan