Tafsir asas quran nota 9(143).
Tabi'in, huruf-huruf Muqattha'ah merupakan salah satu perkara 'Mutasyabihaat' di dalam al-Qur'an yang tidak diketahui ma'na sebenarnya secara tepat, pasti dan yakin oleh sesiapa pun selain Allah " Ia adalah rahsia Allah berupa simbol-simbol di permulaan beberapa surah al-Qur'an. Ibnu Katsir menyingkapkan maksud kata-kata Salaf bahawa "Ia merupakan rahsia Allah di dalam al-Qur'an", itu bukanlah sama sekali bererti huruf-huruf Muqattha'ah kosong daripada ma'na dan ia adalah suatu yang sia-sia dan tidak berfaedah. Malah maksudnya ialah oleh kerana tiada saluran yang meyakinkan pada kita
untuk mengetahui ma'na-ma'nanya, maka itulah sebabnya kita tidak mempunyai pengetahuan yang pasti dan meyakinkan tentangnya. Silap teruk sekali orang-orang yang mengatakan huruf-huruf Muqattha'ah itu langsung tidak mengandungi ma'na dan maksud. Jika ada pada seseorang dalil yang kuat untuk mentafsir dan menyatakan
pandangannya tentang huruf-huruf Muqattha'ah itu, dia boleh saja mengemukakannya.Tetapi tafsiran dan pandangannya itu tidak harus dianggap sebagai pasti tepat dan bersifat qath'i. Sekadar tafsiran berupa andaian yang bersifat dzanni sahaja bolehlah diterima.
Penjelasan Ibnu Katsir itu dapat menghilangkan kemusykilan sesetengah pihak bahawa kalau para Khulafa' ar-Rasyidun sudah mengatakan huruf-huruf Muqattha'ah itu sebagai rahsia Allah di dalam al-Qur'an, kenapa pula ada sahabat-sahabat, Tabi'in, sesetengah ahli Tafsir dan ahli Hadits yang terkemuka masih mentafsir dan menta'wilkannya? Kenapa mereka masih terus membincang dan memperkatakan tentang rahsia-rahsia,
isyarat-isyarat dan hikmat-hikmat di sebaliknya?? Jawabnya ialah tafsiran dan ta'wilan mereka berkenaannya bukanlah dipercayai sebagai sesuatu yang qath"i dan pasti, malah
ia hanya bersifat dzanri dan andaian sahaja.
Ma'na, Maksud, Hikmat Dan Rahsia Di Sebalik Huruf-Huruf Muqattha'ah
Di sana terdapat dua aliran pemikiran 'ulama' dalam menanggapi ma'na, maksud, hikmat
dan rahsia di sebalik huruf-huruf muqattha'ah.
( 1) Aliran pertama mewakili golongan "ulama' yang berpendapat huruf-huruf muqattha'ah itu tidak dapat diketahui manusia. Ia termasuk dalam bahagian ayat-ayat
mutasyabihaat yang tidak diberikan pengetahuan tentangnya kepada manusia kerana mashlahat-mashlahat tertentu yan g dirahsi akan Allah
143
Tiada ulasan:
Catat Ulasan