Halaman

Rabu, November 04, 2020

Tafsir asas quran nota 9(144).

Tafsir asas quran nota 9(144).

Saiyyidina Abu Bakar, (Umar, "Utsman, "Ali, 'Abdullah bin Mas'ud dan kebanyakan sahabat terkemuka terbilang sebagai tokoh-tokoh dari aliran ini. Asy-Sya'bi, Suffan ats-
Tsauri, Rabii' bin Khutsaim, Abu Haatim, jumhur mufassirin dan muhadditsin dari kalangan Tabi"in juga merupakan pendokong aliran ini.

(2) Aliran kedua mewakili golongan 'ulama'  yang berpendapat ma'na, maksud dan hikmat huruf-huruf muqattha"ah itu dapat diketahui oleh manusia. Antara tokoh-tokoh yang terbilang sebagai pendokong aliran ini ialah Ibnu 'Abbaas, kebanyakan Ahlil Kalam, Khalil, Sibawaih, al-Farraa', Ibnu Qutaibah, Ibnu Abi al-Ishba" al-Mishri dan lain-lain.
Bagaimanapun golongan ini berbeza antara satu sama lain dalam menentukan maksud-maksudnya. Ahli-ahli Tafsir menyebutkan lebih dari dua puluh pendapat yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh dari aliran ini berhubung dengan ma"na dan maksud huruf-huruf muqattha'ah itu. Penulis memilih tujuh sahaja daripadanya untuk
dikemukakan sebagai contohnya. Selebihnya bolehlah dilihat di dalam buku-buku lain
yang lebih terperinci.
(i) Setiap huruf daripada rangkaian huruf-huruf muqattha'ah merupakan ringkasan atau kependekan yang mengisyaratkan kepada perkataan-perkataan tertentu. Sebagai contohnya الم  menurut salah satu tafsiran dalam aliran kedua ini merupakan kependekan dan singkatan bagi . أنا الله أعلم (Akulah Allah yang paling mengetahui). ا atau أ adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أنا dan ل adalah kependekan yang mengisyaratkan
kepada Allah الله ) dan م pula adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أعلم

(ii) Huruf-huruf muqattha"ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada nama-nama sifat Allah s.w.t. yang tertentu. Sebagai contohnya huruf ا atau أ mungkin
mengisyaratkan kepada آ،أول ،أحد  dan sebagainya" Huruf ل mungkin mengisyaratkan kepada لطيف dan sebagainya. Huruf م pula mungkin mengisyaratkan kepada،مُعِزّ مجيّب،atau مجيد  dan sebagainya.

(iii) Huruf-huruf muqattha"ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada Rasulullah s.a.w. yang dihadap cakap. Ia mengandungi kata seru bersama mana-mana
sifat Rasulullah s"a.w. Sebagai contohnya  الم dita'wilkan dengan ياأيها المرسل(Wahai

144 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan